VALE Naik Podium '6 Hours of Imola' WEC 2024

SUKAN PERMOTORAN 4 RODA

4/23/20241 min read

VALENTINO Rossi terus membuktikan 'bakat ajaib' yang dimilikinya apabila menamatkan perlumbaan '6 Hours of Imola' yang juga Pusingan 2 Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) 2024 di Itali selaku naib juara.

Apa yang lebih menarik, perlumbaan pada minggu lalu itu adalah penampilan kedua legenda MotoGP berkenaan di pentas elit perlumbaan 'endurance' dunia itu.

Pada aksi di Litar Imola, Rossi yang beraksi bersama pasukan W Racing Team (WRT) dan berlumba dalam kelas LMGT3 bergandingan dengan Maxime Martin dan Ahmad Al Harthy.

Beraksi menggunakan BMW M4 GT3, kemenangan di Imola turut menjadi pasukan WRT namun dipacu pelumba berbeza - Augusto Farfus, Sean Gelael dan Darren Leung.

Bermula di petak ketiga, pasukan WRT yang dikemudi Rossi dan rakan sepasukannya dapat dipintas Ferrari ketika hentian pit namun kembali meraih posisi berkenaan.

"Saya amat gembira dengan kemenangan 1 dan 2 untuk pasukan WRT, untuk BMW M Motorsport, dan podium pertama saya di WEC FIA," kata Rossi berlumba selama 3 jam 42 minit.

"Kami memiliki jentera yang kuat ketika kelayakan dan Ahmad meraih permulaan yang amat baik bagi pelumba ketiga.

"Ketika perlumbaan, kami kemudian memutuskan untuk menggunakan tayar jenis kering. Augusto lebih laju sedikit berbanding Maxine pada awal perlumbaan dan mengambil alih kedudukan pendahulu.

"Apapun saya amat gembira dengan keputusan ini," kata Rossi, 45 tahun yang kini sudah memasuki tahun keduanya berlumba secara kompetitif di perlumbaan empat roda.

Selepas Imola, kempen WEC 2024 yang dijadual berlangsung sebanyak WEC 2024 dijadual berlangsung 8 pusingan akan menuju ke Pusingan ke-3 di Belgium (6 Hours of Spa-Francorchamps) pada 11 Mei diikuti Pusingan 4 di Perancis (24 Hours of Le Mans) pada 15–16 Jun.

Ia diikuti Pusingan 5 di Brazil (6 Hours of Soo Paulo) di Litar Interlagos pada 14 Julai, Pusingan 6 di Amerika Syarikat (Lone Star Le Mans) di Austin, Texas pada 1 September, Pusingan 7 di Jepun (6 Hours of Fuji) pada 15 September dan menutup tirainya di Bahrain (8 Hours of Bahrain) pada 2 November.