VESPA Day Malaysia 2024 29 Jun Ini, Peluang Bawa Pulang Vespa!
TERKINI
6/26/20241 min read


VESPA Malaysia dijadual menganjurkan perhimpunan terbesar Vespa Day Malaysia 2024, Sabtu ini (29 Jun 2024) di Kuala Lumpur atau lebih tepat bertempat di KL Base, Sg Besi.
Apa yang menarik, acara ini tidak terhad kepada pemilik Vespa sahaja namun terbuka kepada umum yang turut meminati Vespa.
Menurut Vespa Malaysia, pelbagai acara menarik tersedia antaranya pameran skuter Vespa (moden/klasik/kustom), persembahan muzik 'live', pesta jualan, festival makanan, makanan dan pelbagai lagi.
Dan acara yang bermula dari jam 2 petang hingga 11 malam itu dikatakan dijamin mampu memberikan pengalaman mengujakan kepada pengunjung.
Acara bermula dengan konvoi Vespa yang membabitkan ratusan pemilik skuter jenama itu yang bermula di KL Base menuju ke Dataran Merdeka dan kembali ke KL Base.
Di pentas muzik, antara kumpulan muzik yang dijangka membuat persembahan adalah Gerhana Ska Cinta, Sonaone, Talitha, Bate, The WooHoo, Skudap Skudip selai DJ Din Soulfaces dan DJ Re Na.
Dua anugerah turut dipertandingkan kepada pemilik Vespa iaitu Vespa Klasik Terbaik dan Vespa Moden Terbaik.
Selain sebuah Vespa bersesaran 150 cc untuk dimenangi sebagai hadiah utama, turut berpeluang untuk dibawa pulang adalah pelbagai lagi barangan menarik untuk cabutan bertuah.
Sebagai info, Vespa Day Malaysia 2024 dianjurkan untuk menyambut ulang tahun ke-78 jenama ikonik Itali itu.
Untuk maklumat lanjut, termasuk pendaftaran dan jualan tiket boleh didapati di pautan https://www.vespa.com/my_EN/landing-page/vespa-day/








