VESPA Primavera, Sprint (2024) Buat Penampilan Di MA 2024, Harga Mula RM 19.5k

PELANCARAN

5/25/20241 min read

VESPA Malaysia, sempena Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung memperkenalkan versi terbaharu dua model hangatnya, Vespa Primavera dan Vespa Sprint (2024) di pasaran tempatan.

Sebagai versi yang mengalami peningkatan 'Facelift', ia bukan saja membabitkan perubahan pilihan warna, namun beberapa ciri penambahbaikkan berbanding versi sebelumnya.

Antara paling ketara adalah di bahagian panel meter (Analog/digital) yang menampilkan panel LCD lebih besar dan kini lengkap dengan peningkatan ciri sambungan ke telefon bimbit Vespa MIA.

Selain itu, turut dipertingkan adalah sistem lampu yang kini LED penuh, 'handgrip' baharu lengkap penutup bahagian tepi dan rekaan 'dashboard' baharu.

Tiba dalam dua pilihan varian, Standard dan 'S', harga (asas) untuk Vespa Primavera (2024) bermula RM 19,500.

Vespa Sprint (2024) yang turut ditawarkan dengan dua pilihan varian termasuk 'S' diumumkan pada harga asas bermula RM 20,500.

Pilihan warna yang tersedia bagi model 2024 adalah seperti berikut:

  • Vespa Primavera (2024) – Blue Energico, Grey Materia, Orange Impulsivo, White Innocente, Green Amabile.

  • Vespa Primavera S (2024) – Beige Sabbia, Blue Capri, Yellow Curioso, Green Magnetico.

  • Vespa Sprint (2024) – Yellow Curioso, Grey Materia, White Innocente, Red Coraggioso, Green Tenace.

  • Vespa Sprint S (2024) – White Innocente, Black Convinto, Orange Impulsivo, Blue Eclettico, Green Ambizioso.

Mengulas ringkas trenkuasa, kedua-dua model dipadankan dengan enjin i-Get bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 3 Injap, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi CVT Automatik.

Kuasa yang dihasilkan adalah 12,5 Hp pada 7,750 rpm dan tork 12.4 Nm pada 6,750 rpm.

Selain pengenalan pilihan warna baharu, turut diumumkan di MA 2024 di reruai Vespa Malaysia adalah tarikh Vespa Day 2024 yang dijadual pada 29 Jun depan.

Bertempat di The KL Base, Sungai Besi, pelbagai aktiviti menarik dirancang penganjur bertemakan Vespa termasuk pameran, servis, permainan dan persembahan muzik 'live' dan menariknya, tiket yang diumumkan hanya berharga RM 50.