VESPA Sprint, Primavera (2025) Kini Di Malaysia, Harga Mula RM 19.5k!
Dua model menarik, Vespa Primavera dan Vespa Sprint versi tahun 2025 diumumkan bagi pasaran Malaysia oleh Vespa Malaysia dan ditayangkan ketika Art of Speed (AoS)
TERKINI
7/28/20251 min read


VESPA Malaysia memperkenalkan barisan baharu bagi dua model popularnya, Vespa Primavera dan Vespa Sprint bagi tahun 2025 yang tampil kekal dengan reka bentuk segar, ciri keselamatan moden serta pilihan warna menarik.
Sebagai model Vespa yang sinonim dengan gaya hidup bandar, ia kini lebih moden tanpa mengorbankan identiti klasiknya yang mempertaruhkan keanggunan Itali.
Dan untuk kemas kini terbaharu bagi versi 2025, ia membabitkan elemen visual serta aspek ergonomik yang menawarkan pengalaman tunggangan lebih selesa dan bergaya.
Antara penambahbaikan ketara termasuk reka bentuk semula panel pemuka dan pemegang bar untuk kawalan lebih baik, sistem pencahayaan LED penuh, ciri keselamatan seperti Immobilizer dan brek cakera hadapan dengan ABS dan Port USB untuk pengecasan peranti elektronik.
Senarai Model & Harga:
Vespa Primavera (2025)
Warna: White Innocente, Black Convinto, Yellow Curioso, Red Coraggioso
Harga: RM 19,500
Vespa Primavera S (2025)
Warna: Green Amabile, Blue Capri, White Innocente, Grey Entusiasta
Ciri khas: Rekaan monokrom elegan dengan jahitan premium
Harga: RM 20,900
Vespa Sprint (2025)
Warna: Yellow Curioso, White Innocente, Black Convinto, Green Magnetico
Ciri khas: Reka bentuk sporty dengan semangat muda
Harga: RM 20,500
Vespa Sprint S (2025)
Warna: Gray Intrepido, Blue Eclettico, Green Tenace, White Innocente, Black Convinto
Ciri khas: Gabungan kemasan matte dan berkilat, grafik baharu serta aksesori kontras
Harga: RM 21,000
Kesemua model turut menampilkan rim aloi baharu dengan rekaan 5 jejari untuk Primavera dan 6 jejari corak spiral bagi Sprint yang menyerlahkan lagi karakter kedua-dua model.
Pelana juga diperhalusi dengan jahitan dan bahan baharu yang menyerlahkan elemen kontemporari. Selain itu, bahagian sisi dan hadapan turut menerima sentuhan baharu yang memperkukuh identiti Vespa sebagai skuter bergaya mewah.
Menurut Vespa Malaysia, kesemua model baharu Vespa ini akan mula berada di semua pengedar sah Vespa seluruh negara bermula Ogos 2025.




















