VMOTO TCMax, CPx Pro (2024) Kini Rasmi Di Malaysia, Harga RM 19.9k & RM 25.9k!

TERKINI

5/8/20241 min read

JENAMA motosikal elektrik terkemuka, Vmoto membuat kemunculan rasminya di pasaran Malaysia menerusi pelancaran dua model, Vmoto TCMax dan CPX Pro (2024).

Sebagai info, jenama Vmoto menjalinkan kerjasama dengan syarikat Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV Tech) yang juga pengeluar jenama skuter elektrik EBixon di Malaysia.

Dan menariknya, majlis perasmian kedua-dua model berkenaan turut dihadiri legenda MotoGP, Jorge Lorenzo yang juga duta global jenama Vmoto.

Untuk Vmoto TCMax (2024) yang tampil sebagai model motosikal bergaya 'cafe racer', harga jualan yang diumumkan adalah RM 19,900.

Manakala untuk Vmoto CPx Pro (2024) yang datang dengan penampilan sebagai sebuah skuter, ia dijual pada angka lebih tinggi iaitu RM 25,900.

Info ringkas kedua-dua model berkenaan adalah seperti berikut:

Vmoto TCMax (2024)

  • Kuasa 5.1kW (6.8 Hp) dan tork 160 Nm

  • Bateri lithium polimer 72V 45 Ah 3.24 kWh

  • 4.5 jam untuk pengecasan penuh (dari kosong)

  • Kelajuan maksimum 95 km/j

  • Jarak jalan 130 km

  • Brek cakera (depan/belakang) Kombi (CBS)

  • Panel meter gabungan analog, digital LCD

Vmoto CPx Pro (2024)

  • Kuasa 8 kW (10.7 Hp) dan tork 258 Nm

  • Bateri lithium polimer 60V 45Ah (2 unit) boleh alih

  • 3.5 jam pengecasan penuh (dari kosong)

  • Kelajuan maksimum 105 km/j

  • Jarak jalan 220 km

  • Brek cakera (depan/belakang) Kombi (CBS)

  • Ada fungsi undur

  • Panel meter digital LCD penuh

Setiap pembelian turut boleh menikmati insentif Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) yang diumumkan oleh kerajaan.

Sebagai info, Vmoto juga adalah pembekal skuter elektrik rasmi bagi Ducati Corse di MotoGP.