VOGE DS800X Debut Malaysia Di MBS 2026, Berapa Angka Harganya?
Voge DS800X yang memiliki tetapan casis dan kuasa yang boleh dipercayai diposisikan sebagai model yang mempunyai kemampuan untuk mengharungi tunggangan jarak jauh dan melayan pelbagai rupa bentuk bumi
TERKINI
5/15/20261 min read


SEJAK Voge DS800X diperkenalkan di peringkat global, motosikal yang diposisi dalam segmen 'Adventure touring' menjadi antara model yang menjadi keutamaan Voge Malaysia untuk dibawa ke pasaran domestik.
Beberapa menggegar beberapa pasaran termasuk di Eropah, Voge DS800X akhirnya memiliki tarikh kehadiran di pasaran tempatan iaitu sempena Malaysia Bike Show 2026 yang dijadual berlangsung pada hujung minggu ini di MAEPS.
Diposisikan sebagai model yang berkemampuan untuk mengharungi tunggangan jarak jauh dan melayan pelbagai rupa bentuk bumi, Voge DS800X hadir sebagai model yang memiliki rangkaian kuasa dan tetapan casis yang menarik.
Untuk Voge, selain kerjasama strategik dengan gergasi permotoran Jerman, BMW Motorrad yang meningkatkan kepercayaan jenama, antara kelebihan Voge DS800X adalah dari sudut rekaannya yang garang dan 'sedap mata memandang'.
Dari aspek prestasi, Voge DS800X dikuasakan enjin 798 cc dengan crankshaft 270 darjah, 2 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Fi dan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah 94 Hp pada 9,000 rpm dan tork 81 Nm pada 6,500 rpm.
Di pasaran negara 'kelahirannya' China, Voge DS800X ditawarkan pada harga permulaan yang cukup kompetitif iaitu RMB 39,980 (kira-kira RM 22,940).
Tetapi ia tidak hadir dengan tiga kotak bagasi aluminium secara standard dengan pembeli perlu membayar RMB 4,000 (kira-kira RM 2,300) untuk mendapatkan kelengkapan itu.
Jadi adakah ia akan diumumkan pada angka harga yang hampir sama seperti di China. Jawapannya tidak sama sekali namun daripada maklumat yang diperoleh, ia tetap mengujakan. Sama-sama kita nantikan.

