VOGE DS800X Rally Tiba Di Cawangan Pengedar, RM 39,888!
Dari segi kuasa, VOGE DS800X Rally yang tampil dengan imej garang untuk penunggang yang mahukan gaya serta kemampuan di pelbagai laluan dipacu enjin 798 cc, 2 Silinder, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Fi
TERKINI
10/10/20261 min read


SATU lagi model yang diperkenalkan ketika acara MForce MotoXperience 2026 di MBS dan antara yang mendapat perhatian dalam segmen 'Adventure touring', VOGE DS800X Rally akhirnya tiba di rangkaian pengedar sah Voge Malaysia.
Diumumkan pada harga asas menarik, RM 39,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) model yang digarap dengan karakter ‘adventure touring’ dan ‘rally’ ini ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Onyx Black, Zenith White dan Flash Yellow.
Dari segi kuasa, VOGE DS800X Rally yang tampil dengan imej garang untuk penunggang yang mahukan gaya serta kemampuan di pelbagai laluan dipacu enjin 798 cc, 2 Silinder, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Fi.
Digandingkan transmisi 6 Kelajuan bersama klac manual, ia menghasilkan kuasa maksimum 70 kW pada 9,000 rpm dan tork 81 Nm pada 6,500 rpm.
Menggunakan 'frame' jenis 'Steel double cradle', VOGE DS800X Rally dilengkapi suspensi depan jenis terbalik (USD) dengan ciri boleh laras dan penyerap hentak tunggal (belakang) juga dengan ciri boleh laras.
Sistem brek menggunakan cakera berkembar bersaiz 310 mm (depan) dan cakera tunggal (240 mm) belakang disokong Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan ciri boleh dinyahaktifkan.
Dari sudut teknologi, VOGE DS800X Rally yang memiliki 2 mod tunggangan (Eco dan Sport) turut tampil dengan ciri-ciri moden seperti panel meter TFT berwarna dengan sambungan telefon pintar menerusi Carbit Ride, TPMS, Kemera 'Dashcam', Pemanas pelana dan grip, Kawalan Cengkaman (TCS), lampu LED penuh serta port USB Type-A dan Type-C.
Bagi melengkapkan keperluan pengembaraan, pembelian VOGE DS800X Rally turut hadir dengan 'top box' dan dua kotak sisi, lampu sorot, pelindung terotel dan palang pelindung.
Info
Set roda 90/90-21 (depan), 150/70-18 (belakang)
Rim jenis jejari
Tinggi pelana 850 mm
Jarak lega bumi 220 mm
Tangki bahan api 24 liter
Berat 213 kg
Seperti biasa, setiap pembelian VOGE DS800X Rally disertakan jaminan pengilang selama 2 tahun atau 20,000 km (yang mana terdahulu), dengan perlindungan enjin tanpa had perbatuan sepanjang tempoh waranti.





