VOGE FR150 Formica Rossa (2025) Kini RM 8,188, Ada Rebat RM 700!

MFORCE Bike mengumumkan kempen promosi menarik untuk model kapcai super popularnya, Voge FR150 Formica Rossa (2025) namun ditawarkan dalam tempoh terhad sehingga hujung November

TERKINI

10/31/20251 min read

VOGE Malaysia mengumumkan kempen promosi menarik untuk model kapcai super popularnya, Voge FR150 Formica Rossa (2025) yang boleh dijual pada harga RM 8,188 sahaja (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Angka menarik itu tiba selepas MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan rebat sejumlah RM 700.

Begitupun, tawaran itu berbentuk terhad dan sah sehingga 30 November 2025.

Pengumuman itu sekali gus menjadikan Voge FR150 Formica Rossa (2025) antara pilihan paling kompetitif dalam segmennya.

Dari segi teknikal, FR150 dipacu enjin satu silinder 149.6 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual dan memiliki sistem klac slipper, ciri yang jarang ditawarkan dalam kelas kapcai.

Kuasa yang dihamburkan adalah 15.4 Hp dan tork 13.5 Nm.

Antara kelengkapan lain yang menambah nilai Voge FR150 Formica Rossa (2025) termasuk:

  • Panel meter digital

  • Lampu LED dengan DRL

  • Sistem Kunci Pintar

  • Port USB

  • Fork teleskopik dengan jarak travel 83 mm

  • Berat hanya 123 kg

  • Tangki bahan api 5.8 liter

Lebih mencuri perhatian, FR150 menjadi satu-satunya motosikal kapcai 150 cc di pasaran Malaysia yang dilengkapi sistem ABS dwi-saluran, ciri keselamatan yang biasanya hanya ditawarkan pada model berkapasiti lebih besar.