VOGE Kini Rasmi Di Malaysia, Debut Global Kapcai 'Super' Voge FR150 Formica Rossa (2024)

PELANCARAN

5/22/20241 min read

SYARIKAT pengeluar motosikal China yang terkenal dengan inovasi, Voge rasmi memasuki pasaran Malaysia dan menariknya, memulakang 'langkah' dengan menyertai persaingan dalam segmen 'Super moped' menerusi Voge FR150 Formica Rossa (2024).

Syarikat pengeluar motosikal China itu membuat kemunculan rasminya di pasaran tempatan ketika acara Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di Maeps, Serdang.

Bekerjasama dengan syarikat pengeluar dan pengedar motosikal terkemuka Malaysia, MForce Bike Holdings (MForce), pelancaran Voge FR150 Formica Rossa (2024) di Malaysia adalah yang pertama di peringkat global.

Apa yang menariknya, pihak MForce turut menjalinkan kerjasama dalam penghasilan motosikal 'cub' berkenaan yang dijangka akan dipasarkan di beberapa lagi negara selepas ini.

Bersaing dalam segmen cukup kompetitif yang diisi pelbagai jenama Jepun antaranya Yamaha Y15ZR, Y16ZR, Honda RS-X, SYM Vf3i, Voge FR150 Formica Rossa (2024) tiba pada harga (asas) yang dianggap menarik RM 8,888.

Tampil dengan rekaan cukup futuristik dan unik, antara ciri-ciri menarik yang dipadankan antaranya adalah seperti 'Slipper Clutch', ABS, 'Smart Key' dan pelbagai lagi.

Mengulas ringkas spesfikasi trenkuasa, Voge FR150 Formica Rossa (2024) dipadankan dengan enjin 150 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC.

Digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap 'klac slipper', ciri-ciri menarik lain termasuklah sistem brek ABS depan dan belakang, terotel badan 32 mm dan pelbagai lagi.

Selain Voger FR150, Voge turut melancarkan model dalam segmen 'Kruiser' iaitu Voge CU525 (2024) yang dijual pada harga (asas) RM 29,888.