VOGE Nak 'Serang' Pasaran Skuter 'ADV' Tempatan Dengan VOGE SR180 ADV?
Jika melihat daripada sudut rekaan, Voge SR180 ADV jelas tampil dengan gaya yang semakin digemari pengguna Malaysia ketika ini iaitu memiliki kemampuan mengharungi laluan lasak ringan
TERKINI
2/23/20261 min read


PERSAINGAN dalam segmen skuter bergaya lasak atau 'ADV' aras mula tempatan bakal lebih meriah apabila VOGE Malaysia dikatakan bakal 'menyerang' segmen berkenaan menerusi Voge SR180 ADV.
Perkembangan ini hadir selepas ada rakan media automotif tempatan melaporkan kemunculan model berkenaan dan menariknya, seawal tahun ini.
Jika melihat daripada sudut rekaan, Voge SR180 ADV jelas tampil dengan gaya yang semakin digemari pengguna Malaysia ketika ini iaitu memiliki kemampuan mengharungi laluan lasak ringan.
Di pasaran global, VOGE SR180 ADV dipadankan dengan enjin bersesaran 174.1 cc, 1 Silinder, Fi bersama transmisi auto CVT. Kuasa berada pada angka 17.4 Hp @ 8,500 rpm dan tork 16 Nm @ 6,500 rpm.
Sebagai skuter moden, antara ciri yang ditawarkan adalah sistem 'keyless', kamera (depan), port USB, panel meter digital TFT, lampu LED penuh, ABS dan TCS.
Dengan jarak lega bumi 160 mm, ciri-ciri menarik termasuklah tangki bahan api 9 liter, ruang simpanan bawah pelana mampu memuatkan helmet 'full face' dan berat hanya 140 kg.









