VOGE SR150R Tiba Di China, Gaya Sporty Jadi Tarikan!

Jika tiba di pasaran tempatan, VOGE SR150R akan menyertasi persaingan atau 'perang' dalam segmen skuter sporty 150 cc di Malaysia yang cukup padat khususnya daripada jenama Jepun

TERKINI

2/24/20261 min read

PENGELUAR motosikal dari China, VOGE baru-baru ini melancarkan model skuter bergaya 'Sporty', VOGE SR150R (2026) yang bukan saja tampil dengan rekaan mengujakan, namun hadir dengan spesifikasi menarik.

Ditawarkan di pasaran Tembok Besar pada harga yang sangat kompetitif iaitu 10,980 rmb (sekitar RM 7,250), VOGE SR150R adalah cubaan terbaharu pengeluar itu untuk 'berdepan' dengan persaingan sengit dalam segmen berkenaan.

Dari sudut penampilan, VOGE SR150R membawa gaya 'Sporty' yang agresif, tajam, dan seolah-olah mendapat inspirasi daripada rekaan daripada siri animasi popular, Gundam.

Seperti namanya, ia dipadankan dengan enjin 150 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi bersama kuasa 14 Hp dan tork 14 Nm.

Ciri-ciri menarik yang boleh dikatakan 'wajib' adalah seperti kamera, ABS 2 Saluran dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS). Turut tersedia adalah sistem mula-henti automatik (start-stop) dan ciri penghidup enjin senyap (silent start).

Dengan berat 135 kg, VOGE SR150R juga dipadankan dengan tangki bahan api sebesar 8 liter yang cukup dialu-alukan dalam kelasnya.

Setakat ini, pihak VOGE Malaysia menerusi MForce Bike atau pengedarnya belum memberikan petunjuk mengenai kehadiran VOGE SR150R di pasaran tempatan tetapi melihat kepada situasi semasa, kami percaya ia sudah berada dalam perancangan mereka.