VOGE SR250GT II Lancar Di China, Garang, Futuristik, Berkuasa!
Voge SR250GT II menghamburkan kuasa maksimum 27.5 Hp pada 8,500 rpm - peningkatan sebanyak 8 peratus berbanding model terdahulu - Voge SR3 (model yang dijual di Malaysia) serta tork 24.5 Nm pada 6,250 rpm yang katanya menjanjikan pecutan lebih responsif
TERKINI
6/24/20261 min read


PENGELUAR motosikal dari negara 'Tembok Besar', VOGE terus aktif dalam pengenalan model baharu dan paling terkini dilancarkan adalah skuter Voge SR250GT II yang mendapat pelbagai peningkatan dan penampilan yang lebih garan.
Ditawarkan dalam dua varian, varian asas atau 'Play' diumumkan pada harga RMB 15,980 (kira-kira RM 9,800), manakala versi spesifikasi tinggi 'Pro' dijual pada harga RMB 17,980 (kira-kira RM 11,000).
Bukan saja bersifat 'kosetik', Voge SR250GT II menerima naik taraf dari sudut trenkuasa apabial dia dipadankan dengan enjin generasi kedua KS250F.
Ia kini menghamburkan kuasa maksimum 27.5 Hp pada 8,500 rpm - peningkatan sebanyak 8 peratus berbanding model terdahulu - Voge SR3 (model yang dijual di Malaysia) serta tork 24.5 Nm pada 6,250 rpm yang katanya menjanjikan pecutan lebih responsif.
Dari sudut penampilan, Voge SR250GT II mengekalkan DNA sporty namun menerima rekaan panel badan baharu yang lebih tajam, aerodinamik dan premium.
Profil agresif ini diserlahkan lagi dengan penggunaan lampu depan LED berintensiti tinggi (65,000 lumin) untuk tunggangan malam yang lebih selamat dan menurut Voge, rekaan pelananya juga baharu serta lebih ergonomik.
Seperti skuter dari Tembok Besar lain, Voge SR250GT II turut dipadankan dengan pelbagai ciri-ciri menarik antaranya ABS dwi-saluran, Traction Control System (TCS) dan panel meter TFT berwarna serta Kamera 'Dashcam'.
Perincian:
Berat 168 kg
Tangki bahan api 15 liter
Akan masuk pasaran Malaysia? Jawapan awal daripada MForce Bike pastinya cukup positif.



