VOGE SR3 (2025) Tiba Di Malaysia, RM 15.9k!

Satu lagi penawaran menarik daripada Voge tiba di pasaran Malaysia yang juga penawaran keempat jenama itu di pasaran tempatan, Voge SR3 (2025) dan mengujakan bersama harga jualan mengujakan dan spesifikasi menarik

PELANCARAN

10/19/20251 min read

VOGE secara rasmi memasuki 'perang' skuter di Malaysia apabila melancarkan penawaran keempatnya di pasaran tempatan, Voge SR3 (2025) dan menariknya, bersama harga jualan mengujakan RM 15,888 (asas).

Kepada yang belum mengenali Voge, ia adalah jenama yang memiliki kaitan cukup rapat dengan pengeluar motosikal gergasi Jerman, BMW Motorrad malah syarikat induknya turut diberikan tanggungjawab bukan saja memasang, malah menghasilkan trenkuasa kepada gergasi berkenaan.

Kembali kepada Voge SR3 (2025), ia tiba dalam tiga pilihan warna iaitu White, Silver dan Grey.

Di bahagian trenkuasa, skuter ini dipacu enjin bersesaran 244.3 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dihasilkan adalah sebesar 18.2 Hp @ 8,500 rpm dan tork 17.2 Nm @ 6,500 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional dengan jarak travel 103 mm dan penyerap hentak berkembar dengan jarak travel 130 mm.

Kuasa membrek pula dijana cakera tunggal (depan dan belakang) dan lengkap dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dan turut tersedia adalah brek parkir.

Info lain:

  • Set roda 120/70-14 (depan) 140/60-13 (belakang)

  • Tangki bahan api 14 liter

  • Berat 156 kg

Dimensi

  • Panjang - 2,100 mm

  • Lebar - 795 mm

  • Tinggi - 1,392 mm

  • Jarak antara roda - 1,525 mm

  • Tinggi pelana - 780 mm

  • Lega bumi 140 mm

Bakal menyertai 'perang' yang cukup sengit, Voge SR3 (2025) dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih antaranya panel meter TFT 7 inci lengkap dengan sistem sambungan ke telefon pintar, port pengecasan USB Jenis A, sistem kunci pintar dengan pilihan kunci mekanikal.

Selain itu, ia turut memiliki Traction Control System (TCS) boleh dinyahaktif, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), kamera pemuka hadapan dengan aspek pencahayaan menggunaan LED sepenuhnya termasuk lampu kecemasan dan lampu siang (DRL).

Dari sudut keselesaan, Voge SR3 (2025) dipadankan dengan pelana ergonomik dwi-lapisan, visor angin boleh laras (manual) dan pemanas grip.

Tipikal skuter maxi, Voge SR3 (2025) turut dilengkapi dengan ruang simpanan bawah pelana yang luas dan boleh memuatkan sebuah helmet 'open face'.

Seperti biasa, setiap pembelian Voge SR3 (2025) tiba bersama tawaran jaminan perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Voge Malaysia.