VR46 MotoGP Dijadual Dedah 'Liveri' Baru Pertamina 24 Jan Ini!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/9/20241 min read

PASUKAN MotoGP milik Valentino Rossi, VR46 dijadual memperkenalkan 'Liveri' musim 2024 pasukan itu bersama penaja utama baharunya Pertamina pada bulan ini di Itali.

VR46 MotoGP yang juga pasukan satelit Ducati mengesahkan perjanjian berkenaan pada Oktober tahun lalu akan menggunakan lencana ‘Pertamina Enduro’ dan bakal dikenali sebagai Pertamina Enduro VR46 Racing Team.

Gergasi petroleum Indonesia itu menggantikan syarikat membabitkan kewangan Itali, Mooney sebagai penaja utama dalam musim ketiga VR46 dalam kelas elit berkenaan.

Begitupun, tarikh berkenaan bukan diumumkan oleh VR46 MotoGP namun dari didedahkan dari pihak Pertamina.

Memetik laporan TMC Blog, Pengurus Komunikasi Jenama Pertamina, Asmirandi Noor Huda berkata majlis pelancaran berkenaan akan berlangsung di Itali pada 24 Januari 2024 pada jam 9.30 malam.

Jika benar, perkembangan itu bermakna ia menjadi minggu yang cukup padat buat MotoGP dengan pelancaran pengenalan liveri baharu dijadual bermula pada 20 Januari (Gresini Ducati), 22 Januari (Ducati Lenovo) dan Trackhouse Aprilia (26 Januari).

Pada musim ini, VR46 MotoGP akan dikemudi oleh dua pelumba Itali, Marco Bezzecchi dan Fabio di Giannantonio yang masing-masing berjaya meraih kemenangan dalam perlumbaan utama musim lalu.

Pasukan itu kehilangan pelumba yang dianggap berpengaruh, Luca Marini yang juga adik kepada Rossi kepada Repsol Honda yang tempatnya digantikan oleh Di Giannantonio.

VR46 yang menggunakan jentera versi musim terdahulu GP23 musim ini meraikan kemenangan pertama dalam kelas elit MotoGP pada musim lalu menerusi kemenangan Bezzecchi di Argentina.

Begitupun, ia kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Yamaha pada musim 2025 yang menyaksikan pemiliknya Rossi bergandingan semula dengan pengeluar yang membawanya menjulang empat gelaran dunia MotoGP.