WMOTO Griffin 205 (2026) Lancar Di Malaysia, RM 8,888!

Pelancaran WMOTO Griffin 205 (2026) seperti dijangka menjadi antara tumpuan bukan saja di pasaran tempatan, malah serantau berikutan rekaannya yang menarik, harga dan spesifikasi yang ditawarkan

PELANCARAN

5/31/20261 min read

WMOTO Malaysia 'menyerang' pasaran skuter bergaya 'Sporty' tempatan yang diakui cukup kompetitif apabila melancarkan jagoannya WMOTO Griffin 205 (2026) di MotoXPerience 2026 sempena MBS 2026.

Seperti dijangka, pelancarannya menjadi antara tumpuan bukan saja di pasaran tempatan, malah serantau berikutan rekaannya yang menarik, harga dan spesifikasi yang ditawarkan.

Tampil dengan rekaan yang cukup popular dengan garis badan tajam dan sporty, apa yang membuatkan WMOTO Griffin 205 (2026) menonjol adalah penggunaan 'winglet' yang bukan saja diposisi di bahagian depan, namun belakang.

Malah, WMOTO Griffin 205 (2026) turut tidak memiliki lampu signal 'capang' dengan kesemuanya disepadukan bersama badan skuter berkenaan.

Dari sudut trenkuasa, WMOTO Griffin 205 (2026) dipadankan dengan enjin 198.8 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi dengan transmisi auto CVT.

Apa yang menarik, kuasanya mungkin paling bertenaga dalam kelasnya ketika ini iaitu 19.4 Hp @ 8,250 rpm dan tork 17.4 Nm @ 6,250 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar di belakang lengkap dengan subtank. Sistem henti pula menggunakan brek cakera tunggal (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran.

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti penggunaan panel meter TFT berwarna, lampu LED penuh, kamera 'dashcam' dan sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Info lain:

  • Tinggi pelana 790 mm

  • Set roda 100/80-14 (depan) 120/70-14 (belakang)

  • Tangki bahan api 11 liter

  • Berat 126 kg

Diumumkan pada harga RM 8,888 (asas), WMOTO Griffin 205 ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Nitro Red, Xtreme White, Action Blue dan Glacier Grey.

Macam biasa, angka berkenaan tidak termasuk cukai jalan, insurans & pendaftaran.