WMOTO Griffin 205 (2026) Tiba Di Cawangan Pengedar!

Pengumuman WMoto Griffin 205 (2026) yang berentap dalam pasaran yang boleh dikatakan cukup sengit di Malaysia dibuat sempena majlis perasmian Mforce Smartshop Kedai Motor Yoon Loi di Pusing, Perak

TERKINI

7/19/20261 min read

WMOTO Griffin 205 (2026), skuter bergaya 'Sporty' yang membuat kemunculan sempena MForce MotoXperience 2026 pada Mei lalu akhirnya mendarat di cawangan pengedar sah MForce Bike Holdings.

Pengumuman skuter yang berentap dalam pasaran yang boleh dikatakan cukup sengit itu dibuat sempena majlis perasmian Mforce Smartshop Kedai Motor Yoon Loi di Pusing, Perak.

Ditawarkan pada harga asas RM 8,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), WMoto Griffin 205 (2026) hadir dalam empat pilihan warna iaitu Glacier Grey, Action Blue, Xtreme White dan Nitro Red.

Tampil dengan rekaan cukup moden dan mengikut selera semasa, WMoto Griffin 205 (2026) dipadankan dengan enjin 198 cc 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Fi dengan transmisi Automatik CVT.

Kuasa yang dihamburkan adalah 19.4 Hp pada 8,250 rpm dan tork 17.5 Nm pada 6,500 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (konvensional) depan dan penyerap hentak berkembar (belakang). Tugas membrek menggunakan cakera brek tunggal (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) 2 saluran.

Turut menarik adalah WMoto Griffin 205 (2026) turut dilengkapi Sistem Kawalan Cengkaman (TCS yang boleh dinyahaktifkan, kamera depan yang menyokong aplikasi pihak ketiga Road Cam dengan aplikasi Carbit Ride yang tersedia untuk peranti Android dan iOS.

Ciri-ciri menarik yang dipadankan adalah seperti:

  • Panel meter TFT

  • Port pengecas USB Type-A dan Type-C

  • Lampu LED penuh

  • Emergency Signal

  • Set roda 100/80-14 (depan), 120/70-14 (belakang)

  • Tinggi pelana 790 mm

  • Lega bumi 100 mm

  • Tangki bahan api 11 liter

  • Berat 126 kg

Menurut MForce Bike, setiap pembelian WMoto Griffin 205 (2026), pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).