WMOTO Nexy+180 (2025) Dilancarkan, Rekaan Futuristik, RM 8,988!
Beraksi dalam segmen skuter bergaya 'Sporty', WMoto Nexy+180 (2025) diakui memiliki kemampuan untuk memberikan cabaran khususnya apabila bercerita mengenai harga dan spesifikasi yang ditawarkan
PELANCARAN
10/19/20251 min read


SELEPAS kehadirannya kerap 'dimainkan' di media sosial, WMOTO Malaysia akhirnya melancarkan penawaran terbaharunya dalam segmen skuter, WMoto Nexy+180 (2025), hari ini.
Bakal menyerang segmen skuter bergaya 'Sporty', WMoto Nexy+180 (2025) diakui memiliki kemampuan untuk memberikan cabaran khususnya apabila bercerita mengenai harga dan spesifikasi yang ditawarkan.
Diumumkan pada harga RM 8,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), WMoto Nexy+180 (2025) menurut MForce Bike boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.
Secara keseluruhan, 4 pilihan warna menarik iaitu Magic Blue, Mildnight Black, Nardo Grey dan Xtreme White.
Seperti namanya, WMoto Nexy+180 (2025) dijana enjin bersesaran 174 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Fi bersama transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dihamburkan adalah 18.2 Hp pada 8,500 rpm dan tork 17.2 Nm pada 6,500 rpm.
Sistem suspensi dijana fork teleskopik konvensional dengan jarak gerak 103 mm manakala suspensi belakang dijana penyerap hentak berkembar denga jarak perjalanan 130 mm.
Ulas sistem brek, WMoto Nexy+180 (2025) dilengkapi dengan cakera tunggal bersaiz 260 mm dengan kaliper 4 Piston manakala brek belakang dijana cakera tunggal 220 mm. Sistem brek lengkap dengan Anti-Kunci (ABS) dua hala.
Dimensi
Panjang - 1,970 mm
Lebar - 770 mm
Tinggi 1,150 mm
Jarak antara roda - 1,315 mm
Tinggi pelana - 765 mm
Info lain
Tangki bahan api 8 liter
Berat 142 kg
Antara kelebihan utama model ini termasuk penggunaan panel meter TFT 6 inci yang lengkap dengan ciri sambungan ke telefon pintar, port pengecasan USB Jenis A/ C serta sistem kunci keyless dan kunci mekanikal.
Sistem pencahayaan menggunakan LED sepenuhnya (DRL) bersama visor angin boleh laras manual.
Seperti pencabarnya yang lain, WMoto Nexy+180 (2025) turut dibekalkan dengan Traction Control System (TCS) dan kamera pemanduan di hadapan.
Seperti biasa, setiap pembelian WMoto Nexy+180 (2025) pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).
















