WSBK 2023: Toprak Menang 2 Kali Di Magny-Cours, Bautista Raih 1, Hafizh Kutip Mata!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/11/20234 min read
TOPRAK Razgatlioglu terus menghangatkan pemburuan gelaran dunia Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023 selepas merangkul dua perlumbaan di Magny-Cours, Perancis ketika pendahulu, Alvaro Bautista mengalami kesulitan sebelum bangkit.
Selepas dua kemenangan (Perlumbaan 1, Superpole) berjaya diraih Razgatlioglu dari Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Bautista yang mengalami isu pada Perlumbaan 1 membutikan dia masih terbaik untuk memenangi Perlumbaan 2.
Begitupun, kemenangan berganda yang diraih Razgatlioglu selain menamatkan Perlumbaan 2 selaku naib juara menyaksikan jurang antara kedua-dua pelumba itu kini hanya 57 mata berbaki tiga lagi pusingan kejuaraan.
Kekal dengan nada positif, Razgatlioglu yang akan meninggalkan Yamaha untuk menyertai BMW pada musim depan berkata kejayaan yang diraih di Magny-Cours hanya rutin dan tidak membuatkannya berfikirkan mengenai kejuaraan dunia.
"Saya gembira untuk menang di sini di Magny-Cours yang juga salah satu litar kegemaran saya," kata Toprak memetik laporan Motorcycle.com. "Semua orang tahu yang Ducati amat kuat di laluan lurus, tetapi kami akan terus berjuang.
"Saya tidak memikirkan mengenai kejuaraan, saya fokus setiap perlumbaan ke setiap perlumbaan kerana saya perlu menang. Saya melupakan kejuaraan.
"Saya lebih tenang berbanding Alvaro kerana saya tidak berfikirkan mengenai kejuaraan dunia. Jika kami menang semua perlumbaan, kami adalah juara dunia. Itulah cara pemikiran saya pada 2021 dan ia masih kekal ketika ini. Kami hanya cuba menikmati semua perlumbaan."
Selain Razgatlioglu yang konsisten berada di podium dalam ketiga-tiga perlumbaan, turut melakukan perkara sama adalah juara dunia enam kali WorldSBK, Jonathan Rea.
Dan menariknya, pelumba Kawasaki yang sah berpindah menyertai Yamaha pada musim depan itu menamatkan ketiga-tiga perlumbaan di kedudukan ketiga.
Sementara itu, pelumba negara yang beraksi di WorldSBK bersama pasukan Petronas MIE Racing HONDA Racing menamatkan perlumbaan di luar kedudukan mata iaitu di tangga ke-18.
Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Perancis 2023
1. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, 32 minit 31.978 saat (s)
2. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +2.656s
3. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +4.773s
4. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +6.266s
5. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +8.897s
6. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +9.740s
7. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team +9.916s
8. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +10.760s
9. Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +12.632s
10. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +13.250s
11. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +14.921s
12. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +21.932s
13. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +22.213s
14. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +24.004s
15. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +25.699s
16. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +31.246s
17. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +35.579s
18. Hafizh Syahrin (MAL) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +55.958s
19. Lucas Mahias (FRA) Puccetti Kawasaki, +57.052s
20. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, +1'01.687s
21. Hannes Soomer (EST) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +1'05.980s
22. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, DNF
23. Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, DNF
24. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, DNF
Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK Perancis 2023
1. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, 16m 06.697s
2. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +0.970s
3. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +2.503s
4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +2.747s
5. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +3.376s
6. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +6.406s
7. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +6.658s
8. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +6.959s
9. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +8.322s
10. Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +8.476s
11. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +9.386s
12. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +10.335s
13. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +10.779s
14. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, +14.764s
15. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +16.763s
16. Lucas Mahias (FRA) Puccetti Kawasaki, +23.226s
17. Hannes Soomer (EST) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +24.172s
18. Hafizh Syahrin (MAL) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +24.293s
19. Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, +26.388s
20. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +34.143s
21. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, +34.556s
22. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, DNF
23. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, DNF
24. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, DNF
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Perancis 2023
1. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, 27m 2.363s
2. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +5.893s
3. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +6.779s
4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +10.978s
5. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +11.482s
6. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +15.258s
7. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +17.578s
8. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +19.576s
9. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +19.937s
10. Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +19.986s
11. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +22.640s
12. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +27.073s
13. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, +27.428s
14. Hafizh Syahrin (MAL) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +41.742s
15. Hannes Soomer (EST) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +45.875s
16. Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, +46.219s
17. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +55.481s
18. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, +58.003s
19. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, DNF
20. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, DNF
21. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, DNF
22. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, DNF
23. Lucas Mahias (FRA) Puccetti Kawasaki, DNF
24. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, DNS