WSBK 2024: Bautista Takluk Perlumbaan Superpole, Razgatlioglu Menang Perlumbaan 2 WorldSBK Di Assen
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/21/20242 min read
PENYANDANG juara dunia WorldSBK dari Ducati, Alvaro Bautista memenangi Perlumbaan Superpole di Pusingan 2 WSBK di Assen, Belanda yang turut menyaksikan bintang BMW, Toprak Razgatlioglu menang Perlumbaan 2.
Bermula di petak ke-7, Bautista dari pasukan Aruba.It Racing Ducati begitupun terpaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan yang menyaksikan rakan sepasukannya, Nicolo Bulega menamatkan aksi selaku naib juara.
Pelumba Kawasaki Racing Team WorldSBK, Alex Lowes melengkapkan kedudukan podium dengan pelumba di petak utama, Jonathan Rea (Pata Yamaha Prometeon WorldSBK) terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.
Sementara itu, bintang Turki, Razgatlioglu mengetepikan kekecewaan di pada Perlumbaan Superpole selepas menamatkan aksi di tangga ke-9 untuk memenangi Perlumbaan 2.
Lebih menarik, pelumba pasukan ROKIT BMW Motorrad WorldSBK melakukannya dengan bergaya apabila menewaskan pelumba yang memulakan aksi di petak utama, Bautista untuk menang.
Memberikan cabaran sengit kepada Razgatlioglu, Bautista terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan selaku naib juara.
Begitupun, keputusan itu sudah cukup meletakkan Bautista sebagai pendahulu keseluruhan elit berkenaan.
Turut mencapai keputusan boleh dianggap cemerlang adalah pelumba Australia, Remy Gardner dari pasukan GYTR GRT Yamaha WorldSBK.
Dalam pada itu, tiada pungutan mata berjaya dicapai pelumba negara, Adam Norrodin (Petronas MIE Honda) apabila pelumba kelahiran Johor menamatkan Perlumbaan Superpole dengan status 'DNF' (Tak habiskan perlumbaan) sebelum menamatkan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-20.
Keputusan Perlumbaan Superpole Assen, Belanda
Alvaro Bautista (ITA) Aruba.It Racing Ducati, 15'53.996s
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +2.286s
Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +7.403s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +7.551s
Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +8.177s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +9.114s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, +9.702s
Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +9.824s
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +10.034s
Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +11.981s
Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +14.886s
Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +15.148s
Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +15.922s
Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +16.927s
Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +21.202s
Michael Ruben Rinaldi (SPA) Motocorsa Ducati, +22.384s
Tarran Mackenzie (GBR) Petronas Mie Honda, +25.887s
Nicholas Spinelli (ITA)Barni Spark Racing Team, +26.597s
Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +29.518s
Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +29.851s
Adam Norrodin (MAL) Petronas Mie Honda, DNF
Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, DNF
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK 2024 Assen
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, 33'29.448s
Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +0.625s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +1.022s
Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +3.120s
Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +3.217s
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, +5.174s
Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +5.538s
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +6.337s
Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +8.059s
Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +19.453s
Tarran Mackenzie (GBR) Petronas Mie Honda, +19.556s
Garrett Gerloff) USA) Bonovo Action BMW, +21.771s
Michael Ruben Rinaldi) SPA) Motocorsa Ducati, +22.322s
Philipp Oettl) GER) GMT94 Yamaha, +31.822s
Tito Rabat) SPA Puccetti Kawasaki, +35.305s
Nicholas Spinelli (ITA) Barni Spark Racing Team +35.392s
Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +37.947s
Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +43.360s
Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +1'18.925s
Adam Norrodin (MAL) Petronas Mie Honda, +1'34.526s
Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, DNF
Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, DNF