WSBK 2024: Debut Sempurna Nicolo Bulega, Ducati Di Australia, 'Big 3' 'Tergelincir'

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/24/20242 min read

NICOLO Bulega membuktikan status sebagai 'Rookie' di WorldSBK Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2024 tidak menghalangnya daripada menjuarai Perlumbaan 1 di Phillip Island, Australia, hari ini.

Tiba sebagai penyandang juara kelas WorldSSP 2023, Bulega dari Itali yang beraksi bersama pasukan Aruba.It Racing Ducati tidak berlengah untuk meraih petak utama WorldSBK pertamanya.

Dan ia kemudian berjaya diterjemahkan dengan kemenangan sekalipun pada satu ketika tergelincir ke kedudukan kelima sebelum bangkit dan melepasi garisan penamat sebagai juara.

Andrea Locatelli dari pasukan Pata Yamaha Prometeon WorldSBK menamatkan perlumbaan di tangga kedua dan menariknya, Andrea Iannone dari pasukan GoEleven Ducati melengkapkan podium.

"Ini mungkin hari terbaik dalam hidup saya. Sukar untuk mempercayai sesuati yang menakjubkan. Saya hanya bermimpi mengenai detik seperti ini dan kini ia adalah realiti," kata Bulega.

"Saya mendapat petak utama, kemenangan dalam perlumbaan pertama dan juga rekod baharu sepusingan terpantas. Ia sesuatu yang saya tidak akan lupa.

"Saya mula mengalirkan air mata sedikit dan kemudian ia hanya emosi yang baik kerana saya melihat semua orang di garisan penamat memiliki senyuman yang menakjubkan."

Sementara itu, pelumba-pelumba berstatus bintang WSBK yang sentiasa menghuni kedudukan podium WorldSBK musim lalu nampaknya kurang menjadi.

Bersama pasukan dan jentera baharu, bintang Turki, Toprak Razgatlioglu daripada pasukan ROKIT BMW Motorrad WorldSBK sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Penyandang juara dunia dua kali WorldSBK berturut-turut dan juga rakan sepasukan Bulega, Alvaro Bautista yang berdepan kemalangan mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-15.

Dan juara dunia WorldSBK enam kali, Jonathan Rea yang menyertai Yamaha musim ini terperosok ke kedudukan ke-17.

Dua lagi perlumbaan dijadual berlangsung esok iaitu Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2.

Berikut keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK 2024 Phillip Island, Australia

1. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, 30'55.801s

2. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +2.280s

3. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +2.630s

4. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +4.728s

5. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, +5.706s

6. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, +8.333s

7. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, +8.647s

8. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +9.965s

9. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +11.699s

10. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +12.423s

11. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +14.413s

12. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +16.668s

13. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, +18.388s

14. Michael Ruben Rinaldi (SPA) Motocorsa Ducati, +23.560s

15. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +32.741s

16. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +35.580s

17. Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +37.949s

18. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +39.427s

19. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas Mie Honda, +54.890s

20. Adam Norrodin (MAL) Petronas Mie Honda, +57.202s

21. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK, +58.642s

22. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, DNF