WSBK 2024: Kawasaki, Alex Lowes Menang Perlumbaan Superpole Di Australia

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/25/20242 min read

KAWASAKI Racing Team WorldSBK tampak seperti sudah menyesuaikan diri tanpa kelibat bintangnya, Jonathan Rea selepas menjuarai Perlumbaan Superpole pusingan di Australia menerusi Alex Lowes, hari ini.

Memulakan perlumbaan di Phillip Island, Australia di petak ketiga, pelumba kelahiran Great Britain itu melengkapkan perlumbaan 10 pusingan itu dengan catatan 15 minit 00.995 saat.

Dan keputusan itu turut menamatkan kemarau kemenangan Alex Lowes yang kali terakhir diraih pada musim 2020 juga di litar sama.

Sementara itu, Yamaha juga dilihat sudah melupakan ketiadaan bintangnya, Toprak Razgatlioglu selepas Andrea Locatelli (Pata Yamaha Prometeon WorldSBK) sekali lagi menamatkan perlumbaan sebagai naib juara.

Tetapi melengkapkan kedudukan podium tanpa kelibat jentera Ducati adalah Razgatlioglu yang jelas memberikan keceriaan buat pasukannya, ROKIT BMW Motorrad WorldSBK.

Sementara itu, kebangkitan turut dicipta oleh penyandang juara dunia WorldSBK 2022 dan 2023, Alvaro Bautista yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

Ia jelas kelegaan buat pelumba kelahiran Sepanyol itu selepas sekadar menamatkan aksi Perlumbaan 1, semalam di tangga ke-15.

Tempat kelima diisi juara Perlumbaan 1, Nicolo Bulega yang juga rakan sepasukan Bautista di Aruba.it Racing - Ducati.

Ia diikuti pelumba tuan rumah, Remy Gardner (Yamaha WorldSBK Team) selepas di gagal menamatkan Perlumbaan 1, semalam.

Pelumba terbaik yang menunggang jentera Honda adalah Xavi Vierge yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12.

Pelumba negara, Adam Norrodin (Petronas MIE Racing Honda) dalam pada itu mengulangi keputusan pada Perlumbaan 1 selepas melepasi garisan penamat di kedudukan ke-20.

Berikut adalah keputusan Perlumbaan Superpole WSBK Australia 2024

1. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team, Kawasaki ZX-10RR, 15'00.995s

2. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Yamaha R1, +1.157s

3. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, +1.738s

4. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +1.812s

5. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +2.838s

6. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, Yamaha R1, +2.853s

7. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, Yamaha R1, +3.051s

8. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, Ducati Panigale V4 R, +3.341s

9. Michael Ruben Rinaldi (SPA) Motocorsa Ducati, Ducati Panigale V4 R, +5.140s

10. Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Yamaha R1, +5.525s

11. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR, +6.084s

12. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, Honda CBR1000RR-R, +6.958s

13. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, BMW M1000RR, +7.017s

14. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, Ducati Panigale V4 R, +7.814s

15. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +8.580s

16. Michael van der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, BMW M1000RR, +9.158s

17. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, BMW M 1000 RR, +11.070s

18. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, Yamaha R1, +13.228s

19. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, Kawasaki ZX-10RR, +16.543s

20. Adam Norrodin (MAL) Petronas Mie Honda, Honda CBR1000RR-R, +28.706s

21. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK, +49.720s

Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, DNF

Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, DNS

Sumber imej: FB Kawasaki Motors Australia