WSBK 2024: Kawasaki, Alex Lowes 'Mengganas' Di Phillip Island

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/25/20242 min read

ALEX Lowes memperoleh kempen yang sempurna di Phillip Island, hari ini selepas menjulang Kawasaki menjuarai Perlumbaan 2 WorldSBK Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2024 Australia.

Selepas memenangi Perlumbaan Superpole yang berlangsung lebih awal, pelumba Kawasaki Racing Team itu membuktikan ketiadaan juara dunia enam kali, Jonathan Rea tidak dirasai pasukan itu dengan gelaran berganda.

Begitupun, pelumba kelahiran Britain itu tidak memperolehnya dengan mudah namun terpaksa bersaing sengit sehingga penghujung perlumbaan termasuk dengan penyandang juara dunia WorldSBK, Alvaro Bautista dari Ducati.

Perlumbaan 2 begitupun berlangsung 11 pusingan selepas bendera merah dikibarkan susulan kemalangan yang berlaku kepada Rea.

Dan Lowes melepasi garisan penamat dengan kelebihan 0.048 saat di depan Bautista yang meraih podium pertamanya musim ini di kedudukan kedua.

Melengkapkan posisi podium adalah pelumba pasukan Barni Spark Racing, Danilo Petrucci.

Pelumba pasukan, ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, Toprak Razgatlioglu antara pelumba yang tidak menamatkan perlumbaan selepas jenteranya mengalami masalah mekanikal.

Sementara itu, pelumba negara, Adam Norrodin dari pasukan Petronas MIE Racing Honda menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 manakala rakan sepasukannya, Tarran Mackenzie ke-18.

Xavi Vierge menjadi pelumba terbaik Honda menamatkan perlumbaan dengan pelumba pasukan 'Kilang' HRC itu menamatkan saingan di kedudukan ke-13.

Berikut adalah keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK WSBK 2024 Australia.

1. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, 16'27.565s

2. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +0.048s

3. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +1.178s

4. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +1.275s

5. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +2.346s

6. Michael Ruben Rinaldi (SPA) Motocorsa Ducati, +2.913s

7. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, +3.480s

8. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +4.119s

9. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, +5.152s

10. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, +5.159s

11. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +5.183s

12. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK, +7.652s

13. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +9.082s

14. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +10.729s

15. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK, +11.806s

16. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +17.416s

17. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +21.815s

18. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas Mie Honda, +25.481s

19. Adam Norrodin (MAL) Petronas Mie Honda, +32.107s

Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, DNF

Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, DNF

Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK, DNF