WSBK 2024: KIP Terus Kempunan Mata WorldSSP Di Misano, Huertas Juara Perlumbaan 1

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/15/20242 min read

PELUMBA negara di kancah WorldSSP Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2024, Adam Norrodin terus kecewa apabila sekali lagi menamatkan Perlumbaan 1 aksi Pusingan 4 di Misano, Itali malam tadi di luar pungutan mata.

Memulakan perlumbaan di petak ke-31, pelumba pasukan Petronas MIE Racing Honda itu cuba bangkit namun terpaksa berpuas hati melepasi garisan penamat di kedudukan ke-20.

Pelumba kelahiran Perak yang menggunakan jentera Honda CBR600RR itu melepasi garisan penamat 1 minit 03.398 saat di belakang pemenang, Adrian Huertas.

Huertas dari Sepanyol dan menunggang jentera Ducati (Aruba.it Racing WorldSSP) meraih kemenangan selepas bersaing sengit dengan pelumba pelumba yang turut menunggang jentera Ducati dari Itali, Yari Montella yang beraksi bersama pasukan Barni Spark Racing.

Melengkapkan kedudukan podium adalah seorang pelumba Itali, Stefano Manzi dari pasukan Pata Yamaha Ten Kate Racing.

Kemenangan menyaksikan Huertas mengukuhkan kedudukan di puncak carta kejuaraan WorldSSP dengan kelebihan 6 mata di depan Motella selepas mengumpul keseluruhan 111 mata.

Sementara itu, aksi di Misano turut menyaksikan lapan pelumba tidak menamatkan perlumbaan.

Keputusan Perlumbaan 1 WorldSSP Misano, Itali

  1. Adrian HUERTAS, Ducati Aruba.it Racing WorldSSP, 29'30.653s

  2. Yari MONTELLA, Ducati Barni Spark Racing Team, +0.021s

  3. Stefano MANZI, Yamaha Pata Yamaha Ten Kate Racing, +4.667s

  4. Valentin DEBISE, Evan Bros. WorldSSP Yamaha. +5.892s

  5. Jorge NAVARRO, Ducati Orelac Racing Verdnatura, +14.686s

  6. Marcel SCHROETTER, MV Agusta Reparto Corse, +17.884s

  7. Federico CARICASULO, MV Agusta Motozoo ME AIR Racing, +20.092s

  8. Oliver BAYLISS, Ducati D34G Racing WorldSSP, +23.88s

  9. Niki TUULI, Ducati EAB Racing, +25.354s

  10. Glenn VAN STRAALEN, Pata Yamaha Ten Kate Racing, +27.410s

  11. Luca OTTAVIANI, MV Agusta Extreme Racing Service, +35.672s

  12. Tom EDWARDS, Ducati D34G Racing WorldSSP, +35.691z

  13. Federico FULIGNI, Ducati Orelac Racing Verdnatura, +35.830s

  14. Lorenzo BALDASSARRI, WRP-RT Motorsport by SKM-Triumph, +35.991

  15. Lucas MAHIAS, GMT94 Yamaha, +36.659

  16. Yeray RUIZ, VFT Racing Yamaha, +39.830

  17. Alessandro SCIARRETTA, Ducati ZPM Motorsport Racing, +39.895

  18. Piotr BIESIEKIRSKI, Ducati Ecosantagata Althea Racing Team, +40.717

  19. Ondrej VOSTATEK, PTR Triumph, +45.853

  20. Simon JESPERSEN, Kawasaki Vince64 Racing Team by Puccetti, +55.178

  21. Khairul Idham PAWI, PETRONAS MIE Racing Honda, +63.398

  22. Krittapat KEANKUM, Yamaha Thailand Racing, +64.464

  23. Niccolo ANTONELLI, Ducati Ecosantagata Althea Racing, +65.176

  24. Raffaele DE ROSA, QJMotor Factory Racing, +70.530

  25. Marcel BRENNER, Kawasaki VIAMO Racing by MTM, +76.416

  26. Kaito TOBA, PETRONAS MIE Racing Honda, 2 Lap

John MCPHEE, WRP-RT Motorsport by SKM-Triumph, DNF

Bahattin SOFUOGLU, MV Agusta Reparto Corse, DNF

Simone CORSI, Ducati Renzi Corse, DNF

Thomas BOOTH-AMOS, PTR Triumph, DNF

Luke POWER, MV Agusta Motozoo ME AIR Racing, DNF

Anupab SARMOON, Yamaha Thailand Racing Team, DNF

Can ONCU, Kawasaki Puccetti Racing, DNF

Gabriele GIANNINI, Team ProDina Kawasaki, DNF