WSBK 2024: Spinelli Cipta Kejutan, Adam P18 Perlumbaan 1 WorldSBK Di Assen
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/20/20242 min read
NICHOLAS Spinelli, pelumba yang menggantikan tempat Danilo Petrucci yang cedera di perlumbaan WorldSBK Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2024 di Assen, Belanda melakar kejutan dengan memenangi Perlumbaan 1.
Apa yang lebih menarik, ia adalah penampilan sulung pelumba Itali itu di pentas WorldSBK bersama pasukan Barni Spark Racing Ducati.
Menjadi satu-satunya pelumba yang memilih tayar kompaun pertengahan untuk tayar depan dan belakang, pilihan itu jelas tepat takkala perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar basah.
Berjaya mencipta jurang dan memimpin perlumbaan, Spinelli kemudian berjaya dikejar Toprak Razgatlioglu dan Alvaro Bautista namun ketika hampir dipintas, bendera merah dikibarkan susulan tumpahan minyak di litar.
Dan insiden itu menghadiahkan Spinelli kemenangan pertamanya di kejuaraan berkenaan.
"Ia menakjubkan. Saya amat gembira kerana semalam (Jumaat) adalah kali pertama saya mencuba jentera Superbike.
"Apabila saya mencubanya saya berkata 'Wah'. Jentera ini menakjubkan. Hari ini adalah perlumbaan pertama saya dan saya menang. Mungkin saya bertuah, tetapi saya menang.
"Saya amat gembira untuk pasukan dan juga semua orang," kata Spinelli yang mendedahkan dia hanya mengikuti perancangan pasukannya untuk pemilihan tayar berkenaan.
Pelumba Turki, Razgatlioglu dari pasukan ROKIT BMW Motorrad WorldSBK terpaksa berpuas hati sebagai naib juara.
Melengkapkan kedudukan podium adalah penyandang juara dunia WorldSBK, Bautista dari pasukan Aruba.It Racing Ducati.
Sementara itu, pelumba negara, Adam Norrodin menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 namun rakan sepasukannya di Petronas MIE Honda, Tarran Mackenzie berjaya mengutip mata selepas melepasi garisan penamat di kedudukan ke-14.
Berikut adalah keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK 2024 Assen, Belanda
Nicholas Spinelli (ITA) Barni Spark Racing Team, 25'08.898s
Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +1.979s
Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +2.089s
Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +4.851s
Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +5.147s
Jonathan Rea (GBR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +5.376s
Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +5.454s
Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +11.271s
Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +11.476s
Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +17.034s
Nicolo Bulega (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +1 sector
Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +4 sectors
Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +4 sectors
Tarran Mackenzie (GBR) Petronas Mie Honda, +4 sectors
Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +1 Lap
Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +1 Lap
Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +1 Lap
Adam Norrodin (MAL) Petronas Mie Honda, +2 Laps
Sam Lowes (GBR) Marc VDS Ducati, +3 Laps
Michael Ruben Rinaldi (SPA) Motocorsa Ducati, DNF
Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, DNF
Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, DNF