WSBK 2024: Toprak Razgatlioglu Rangkul Gelaran Hatrik Di Misano

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/16/20242 min read

PELUMBA Turki, Toprak Razgatlioglu melengkapkan minggu gemilangnya di Misano, Itali dengan memenangi kedua-dua perlumbaan - Superpole dan Perlumbaan 2 - yang ditawarkan di WorldSBK pada Ahad.

Selepas memenangi Perlumbaan 1 pada Sabtu, pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad itu menyatakan misinya di Itali adalah untuk merangkul gelaran hatrik dan ia berjaya dilaksanakan.

Dan dua kemenangan di Misano menyaksikan Razgatlioglu mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan WorldSBK dengan kelebihan 21 mata di depan pencabar terdekat, Nicolo Bulega.

Selepas 4 pusingan WSBK 2024 berlangsung, Razgatlioglu mengumpul keseluruhan 179 mata.

Bulega dari Itali dan berlumba bersama pasukan Aruba.it - Ducati turut cemerlang apabila menamatkan Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2 sebagai naib juara.

Seperti Razgatlioglu, Bulega turut menamatkan ketiga-tiga perlumbaan di kedudukan kedua.

Pada Perlumbaan Superpole, pelumba Kawasaki, Alex Lowes melengkapkan kedudukan podium.

Posisi terakhir di podium pada Perlumbaan 2 kemudian berjaya dirampas rakan sepasukan Bulega, Alvaro Bautista yang juga penyandang juara.

Sementara itu, pelumba tunggal negara yang beraksi dalam kempen WorldSBK, Adam Norrodin sekali lagi tak berjaya menamatkan kemarau pungutan mata.

Pada Perlumbaan Superpole, pelumba kelahiran Johor dan berlumba bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda itu menamatkan aksi di kedudukan ke-21 dan tidak menamatkan Perlumbaan 2 susulan kemalangan.

Selepas Misano, Pusingan 5 WSBK 2024 dijadual berlangsung di Donington Park, United Kingdom pada 12 hingga 14 Julai depan.

Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK WSBK 2024 Misano, Itali

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, 33'06.338s

  2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, +2.980s

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it - Ducati, +6.920s

  4. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing, +9.951s

  5. Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, +11.974s

  6. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +15.900s

  7. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing, +16.055s

  8. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, +19.125s

  9. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, +22.535s

  10. Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, +27.237s

  11. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +27.292s

  12. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +29.948s

  13. Sam Lowes (GBR) ELF Marc VDS Racing, +31.044s

  14. Tito Rabat (ESP) Kawasaki Puccetti, +38.090s

  15. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +43.840s

  16. Michael Rinaldi (ITA) Team Motocorsa Ducati, +43.852s

  17. Bradley Ray (GBR) Yamaha Motoxracing, +44.363s

  18. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +45.078s

  19. Tarran Mackenzie (GBR) PETRONAS MIE Racing Honda, +48.580s

Michele Pirro (ITA) Aruba.it - Ducati, DNF

Xavi Vierge (ESP) Team HRC, DNF

Michael Van Der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, DNF

Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, DNF

Adam Norrodin (MAS) PETRONAS MIE Racing Honda, DNF

Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK WSBK 2024 Misano, Itali

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, 15'36.088 s

  2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, +1.651s

  3. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing, +4.779s

  4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, +8.061s

  5. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +10.913s

  6. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing, +12.013s

  7. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, +12.436s

  8. Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, +14.981s

  9. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +15.255s

  10. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, +16.071s

  11. Michael Rinaldi (ITA) Team Motocorsa Ducati, +17.038s

  12. Michael Van Der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, +19.858s

  13. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, +20.227s

  14. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +20.317s

  15. Tito Rabat (ESP) Kawasaki Puccetti, +23.507s

  16. Michele Pirro (ITA) Aruba.it - Ducati, +24.417s

  17. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it - Ducati, +26.037s

  18. Tarran Mackenzie (GBR) PETRONAS MIE Racing Honda, +26.969s

  19. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +27.588s

  20. Bradley Ray (GBR) Yamaha Motoxracing, +27.798s

  21. Adam Norrodin (MAS) PETRONAS MIE Racing Honda, +34.941s

Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, DNF

Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, DNF

Sam Lowes (GBR) ELF Marc VDS Racing, DNF