WSBK 2024: TOPRAK Razgatlioglu Takluk Perlumbaan 1 WorldSBK Misano

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/15/20242 min read

PELUMBA sensasi Turki, Toprak Razgatlioglu menjuarai Perlumbaan 1 WorldSBK Pusingan 4 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2024 di Misano, Itali, hari ini sekaligus merampas kedudukan pendahulu carta kejuaraan.

Memulakan perlumbaan di petak utama, pelumba bintang pasukan ROKiT BMW Motorrad itu pada satu ketika dipintas pelumba Yamaha, Remy Gardner di awal perlumbaan.

Dan selepas kembali memimpin perlumbaan, Razgatlioglu tidak lagi menoleh ke belakang untuk merakam kemenangan ke-4 miliknya musim ini.

Tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan Aruba.it - Ducati, Nicolo Bulega

Rakan sepasukan Bulega yang juga penyandang juara dunia WorldSBK, Alvaro Bautista melengkapkan kedudukan podium.

Pelumba Australia, Gardner (GYTR GRT Yamaha) yang tampak garang di awal perlumbaan dan memulakan perlumbaan di petak ketiga menamatkan aksi di kedudukan ke-6.

Andrea Locatelli (Pata Prometeon Yamaha) menamatkan perlumbaan sebagai pelumba terbaik Yamaha selepas melepasi garisan penamat di tempat ke-4 dengan pelumba Kawasaki, Alex Lowes di kedudukan ke-5.

Juara dunia enam kali WorldSBK, Jonathan Rea (Pata Prometeon Yamaha) yang memulakan perlumbaan di petak ke-15 tidak menamatkan perlumbaan susulan kemalangan.

Kemenangan menyaksikan Razgatlioglu ketika ini memiliki kelebihan tiga mata di depan Bautista menuju dua perlumbaan esok.

Pelumba negara, Adam Norrodin dalam pada itu terus kempunan untuk mengutip mata apabila menamatkan aksi di kedudukan ke-20 dengan pelumba terbaik menggunakan jentera Honda CBR1000RR-R itu diraih Iker Lecuona.

Keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Misano, Itali

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, 33'07.016

  2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it - Ducati, +1.782s

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it - Ducati, +3.176s

  4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Prometeon Yamaha, +10.337s

  5. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing, +11.671s

  6. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, +14.822s

  7. Andrea Iannone (ITA) GoEleven Ducati, +16.637s

  8. Michael Van Der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, +19.044s

  9. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, +20.686s

  10. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, +24.041s

  11. Axel Bassani (ITA) Kawasaki Racing, +26.233s

  12. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +30.303s

  13. Michele Pirro (ITA) Aruba.it - Ducati, +32.536s

  14. Michael Rinaldi (ITA) Team Motocorsa Ducati, +35.186s

  15. Scott Redding (GBR) Bonovo Action BMW, +35.566s

  16. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, +45.895s

  17. Philipp Oettl (GER) GMT94 Yamaha, +46.811s

  18. Bradley Ray (GBR) Yamaha Motoxracing, +54.387s

  19. Tito Rabat (ESP) Kawasaki Puccetti, +1'04.508s

  20. Adam Norrodin (MAS) PETRONAS MIE Racing Honda, +1'10.077

Sam Lowes (GBR) ELF Marc VDS Racing, DNF

Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha Team, DNF

Tarran Mackenzie (GBR) PETRONAS MIE Racing Honda, DNF

Jonathan Rea (GBR) Pata Prometeon Yamaha, DNF