WSBK: Bukan Bautista, Tapi Rinaldi Julang Ducati di Aragon, Hafizh p19!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/23/20232 min read

DUCATI meneruskan dominasi dalam kempen WorldSBK 2023 dengan memenangi perlumbaan WSBK di Aragon, Sepanyol namun bukan menerusi bintang utamanya Alvaro Bautista, namun pelumba yang sudah disingkirkan Michael Ruben Rinaldi.

Memulakan perlumbaan di petak kedua, Bautista tampak cukup bersemangat apabila meluncur ke depan untuk memimpin saingan seawal selekoh pertama dengan memintas pelumba petak utama, Jonathan Rea dari Kawasaki.

Tetapi ketika dia tampak seperti sudah selesa memimpin perlumbaan, Bautista melakukan kesilapan apabila terjatuh ketika saingan berbaki tujuh pusingan.

Sekalipun cuba bangkit untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata kejuaraan, pelumba kelahiran Sepanyol itu jatuh buat kali kedua di pusingan terakhir.

Mengakui ia adalah kesilapannya, Bautista akur yang keputusan itu sekaligus membenarkan pelumba Yamaha, Toprak Razgatlioglu merapatkan jurang dalam carta kejuaraan keseluruhan.

Tanpa Bautista, Rinaldi yang kali terakhir merasai nikmat kemenangan pada musim 2021 mencuba nasibnya selepas berada di belakang Toprak dan Rea.

Dan tindakan Rinaldi yang berterusan memberikan tekanan akhirnya membuahkan hasil apabila dia memimpin perlumbaan berbaki empat pusingan berikutan kekuatan yang dimiliki jentera Ducati.

Terpaksa melepasi garisan penamat selaku naib juara adalah pelumba bintang Yamaha, Razgatlioglu manakala Rea yang sah meninggalkan Kawasaki musim depan melengkapkan kedudukan podium.

Sementara itu, pelumba tunggal negara di WorldSBK 2023, Hafizh Syahrin Abdullah tak berjaya untuk meraih sebarang mata selepas menamatkan perlumbaan di tangga ke-19.

Begitupun, situasi lebih malang menimpa rakan sepasukannya di Petronas MIE Racing Honda, Eric Granado yang menamatkan kempen dengan status DNF.

Berikut adalah keputusan penuh Perlumbaan 1 WorldSBK Aragon 2023

1. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, 18 Lap

2. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +1.253 saat (s)

3. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +2.837s

4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +5.902s

5. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +7.553s

6. Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +14.427s

7. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +17.014s

8. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +17.259s

9. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +18.469s

10. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +19.424s

11. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +21.653s

12. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +21.960s

13. Michael Van Der Mark (NED) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +23.690s

14. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +23.971s

15. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +24.523s

16. Florian Marino (FRA) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +28.279s

17. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, +37.369s

18. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +38.489s

19. Hafizh Syahrin (MAL) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +46.123s

20. Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, +46.478s

21. Gabriele Ruiu (ITA) Bmax Racing BWM, +1'06.672s

22. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, +1'08.463s

23. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, DNF

24. Eric Granado (BRA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, DNF

25. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, DNF