WSBK: Hafizh Raih 1 Mata di Donington Park, Adam Bergelut
7/3/20231 min read
APA kata rider negara kita selesai Pusingan 6 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023 Britain di Donington Park (2 Jul 2023).
HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH (Petronas MIE Honda Racing) Honda CBR1000RR-R
- Perlumbaan 1 - p17
- Perlumbaan Superpole - p20
- Perlumbaan 2 - p15
“Perlumbaan 2 mungkin perlumbaan terbaik saya pada musim ini setakat ini. Saya berharap untuk mengutip mata (Sabtu) tetapi tayar saya sudah berada di penghujung jadi saya hanya mampu untuk mengikut pelumba lain.
"Hari ini (semalam), kami melakukan penambahbaikkan kepada jentera dan kelajuan saya lebih konsisten dan saya amat gembira. Saya tahu yang masih banyak yang kami perlu lakukan untuk mendapat keputusan lebih baik tetapi kami belajar secara konsisten dan melakukan peningkatan langkah demi langkah.
"Dan kami meraih satu lagi mata, dan meneruskan trend mengumpul mata setiap minggu perlumbaan. Kini, kami akan lihat apa yang kami boleh lakukan di Imola."
Kedudukan keseluruhan WorldSBK Hafizh - p21 (8 mata)
ADAM NORRODIN (Petronas MIE Honda Racing) Honda CBR600RR
- Perlumbaan 1 - DNF
- Perlumbaan 2 - p26
“Ia minggu yang sukar, terutama buat saya yang langsung tidak mengenali litar ini. Sesuatu yang bagus untuk mendapatkan pengalaman berlumba di litar ini dan saya gembira dapat menghabiskan perlumbaan tetapi ia benar-benar mencabar.
"Saya cuba untuk berada bersama kumpulan tetapi saya gagal untuk menyamai kelajuan mereka, meskipun saya berjaya merapatkan jurang sedikit ketika selekoh. Ada beberapa tempat di mana ia adalah penghujung bagi saya dan saya benar-benar tidak mahu terjatuh. Jadi saya mengawal keadaan dan berjaya melepasi garis penamat.
"Seperti biasa, kami akan ambil apa yang kami boleh belajar di sini dan memperbaikinya pada perlumbaan seterusnya. Saya mahu berterima kasih kepada seluruh pasukan juga kerana mereka berterusan bekerja keras untuk saya."
Kedudukan keseluruhan WorldSSP Adam - p26 (9 mata)
Imej FB PETRONAS MOTORSPORTS