WSBK: Nak Jatuh, Tapi Alvaro Bautista Tetap Menang Perlumbaan 1 di Imola, Toprak, Rea Lengkap Podium!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/15/20232 min read
BERDEPAN situasi cemas dan memulakan perlumbaan di barisan kedua tidak menghalang jaguh Ducati, Alvaro Bautista untuk memenangi Perlumbaan 1 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) Itali di Litar Imola, semalam.
Bermula di petak keempat, penyandang juara dunia dari Sepanyol itu memperoleh permulaan yang meyakinkan. Tetapi dia hampir ditimpa musibah selepas menghadapi 'tankslap' di pertengahan perlumbaan.
Berjaya mengawal kembali jenteranya dengan tenang dan selepas bersaing sengit dengan Toprak dan Rea, Bautista cemerlang memacu jentera Ducati Panigale V4 R untuk memimpin perlumbaan sehingga tamat perlumbaan.
Pelumba Yamaha, Toprak Razgatlioglu yang memulakan perlumbaan di petak utama menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dan seorang lagi bekas juara dunia dari Kawasaki, Jonathan Rea melengkapkan kedudukan podium.
"Perlumbaan amat-amat sukar," kata Bautista kepada WorldSBK.com. "Ia amat panas dan amat licin. Di awal perlumbaan, saya tak mempunyai banyak keyakinan untuk memberi tekanan pada beberapa pusingan awal dan saya melihat lebih ramai pelumba lebih yakin daripada saya.
"Sedikit demi sedikit, saya berjaya memberikan lebih tekanan tetapi di belakang Toprak, amat sukar untuk saya memperlahankan jentera dan mengambil selekoh dan membuatkan saya hilang cengkaman."
Mengulas situasi yang hampir menamatkan perlumbaannya, Bautista berkata permukaan litar yang beralun dan tidak rata di Imola sebagai punca yang membuatkan bahagian depan jentera mudah terangkat.
"Kawasan itu beralun dan di kawasan yang kamu lalui membuatkan kamu merasai alunan itu. Dalam pusingan itu, saya melalui kawasan beralun itu dan jentera saya mula beralih dan bergegar.
"Masalanya selepas gegaran itu, saya terlepas kawasan 'chicane' dan tidak mempunyai brek. Saya perlu menarik tuil brek beberapa kali dan bertuah saya dapat menghentikan jentera. Bertuah ia hanya sesuatu yang menakutkan dan melaluinya tanpa bencana."
Sementara itu, tiada kelibat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah di Imola selepas pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Racing itu terlepas perlumbaan di Itali bagi menjalani proses pemulihan susulan kecederaan dihadapinya.
Hafizh berdepan kecederaan tulang belakang susulan kemalangan ketika ujian rasmi perlumbaan Suzuka 8 Hours pada 5 Julai lalu dan tempatnya digantikan oleh pelumba tuan rumah, Roberto Tamburini.
Keputusan Perlumbaan 1 WSBK Imola, Itali
1. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, 19 Lap
2. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +3.672s
3. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +7.847s
4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +13.543s
5. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +15.898s
6. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +18.551s
7. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +20.633s
8. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +21.727s
9. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +22.082s
10. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +26.052s
11. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +36.865s
12. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +37.032s
13. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +37.282s
14. Leon Haslam (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +37.827s
15. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +38.943s
16. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +58.025s
17. Gabriele Ruiu (ITA) Bmax Racing BWM, +58.206s
18. Roberto Tamburini (ITA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +59.022s
19. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, DNF (Tak habiskan perlumbaan)
20. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, DNF
21. Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, DNF
22. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, DNF
23. Eric Granado (BRA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, DNF
24. Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, DNF
25. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, DNF