WSBK: Toprak Kembali 'Mengganas', 'Tapau' Aksi Superpole, Perlumbaan 2 Di Imola!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/16/20233 min read
JAGUH Yamaha yang bakal berhijrah musim depan, Toprak Razgatlioglu membuktikan 'taringnya' masih berbisan apabila meraih dua kemenangan berturut-turut selepas menjuarai Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2 di Pusingan 7 WSBK di Imola, Itali, hari ini.
Seperti Perlumbaan 1, rakan sepasukan Toprak, Andrea Locatelli memperoleh permulaan yang baik apabila memintas pelumba Turki itu dan memimpin perlumbaan. Tetapi kedudukan itu berjaya dipintas juara WSBK 2021 itu pada enam pusingan terakhir.
Jaguh Ducati, Bautista cuba untuk memberi tekanan kepada Toprak di saat akhir namun sedikit kesilapan mengesahkan kemenangan pelumba Yamaha itu yang juga kemenangan ketiganya musim ini.
Melengkapkan kedudukan podium Perlumbaan Superpole di belakang Bautista (kedua) adalah Locatelli.
Enggan kelebihannya bermula di petak utama sekali lagi digugat, Toprak jelas tak mahu kesilapan yang dilakukan pada Perlumbaan 1 dan Superpole berulang.
Justeru sekalipun dia dipintas Bautista dan Locatelli seawal selekoh pertama, dia kembali memimpin perlumbaan pada selekoh kedua.
Dan sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada Bautista apabila dia kehilangan kawalan jenteranya yang mengakibatkan perlumbaan berakhir.
Tanpa kelibat Bautista, pelumba Motocorsa Ducati, Axel Bassani memulakan langkahnya dan selepas memintas Locatelli dan Jonanthan Rea, pelumba Itali itu cuba menghambat Toprak dan cubaannya berjaya.
Tetapi sekalipun memiliki jentera yang padu, Toprak jelas lebih bersemangat dan merampas semula kedudukan untuk meraih kemenangan keempatnya musim ini.
Bassani terpaksa berpuas hati di tangga kedua dan melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga adalah pelumba Kawasaki, Jonanthan Rea.
Sebagai rekod, tiada kelibat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah di Imola selepas pelumba Petronas MIE Honda Racing itu sedang dalam proses pemulihan susulan kecederaan yang dihadapi di Jepun.
Keputusan Perlumbaan Superpole WSBK Imola, Itali
1. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, 10 Lap
2. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, +0.244s
3. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +1.720s
4. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +1.969s
5. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +3.341s
6. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +4.603s
7. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +5.219s
8. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +7.536s
9. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +9.407s
10. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +9.601s
11. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +13.464s
12. Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +15.879s
13. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +16.173s
14. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +16.337s
15. Leon Haslam (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +20.127s
16. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +22.585s
17. Gabriele Ruiu (ITA) Bmax Racing BWM, +23.420s
18. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, +23.671s
19. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +31.024s
20. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, +31.322s
21. Roberto Tamburini (ITA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +37.676s
22. Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, +38.011s
23. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, +38.359s
24. Eric Granado (BRA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +43.253s
25. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, DNF
Keputusan Perlumbaan 2 WorldSBK Imola, Itali
1. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, 15 Lap
2. Axel Bassani (ITA) Motocorsa Ducati, +1.966s
3. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, +2.458s
4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, +6.111s
5. Michael Ruben Rinaldi (ITA) Aruba.It Racing Ducati, +11.154s
6. Bradley Ray (GBR) Motoxracing Yamaha WorldSBK Team, +12.210s
7. Loris Baz (FRA) Bonovo Action BMW, +13.319s
8. Scott Redding (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, +13.775s
9. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing Team, +19.122s
10. Iker Lecuona (SPA) Team HRC WorldSBK, +22.770s
11. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +23.214s
12. Dominique Aegerter (SWI) GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team, +25.082s
13. Garrett Gerloff (USA) Bonovo Action BMW, +25.179s
14. Xavi Vierge (SPA) Team HRC WorldSBK, +25.199s
15. Philipp Oettl (GER) GoEleven Ducati, +31.141s
16. Lorenzo Baldassarri (ITA) GMT94 Yamaha, +31.297s
17. Gabriele Ruiu (ITA) Bmax Racing BWM, +44.753s
18. Roberto Tamburini (ITA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +45.863s
19. Eric Granado (BRA) PETRONAS MIE Racing HONDA Racing, +46.190s
20. Leon Haslam (GBR) ROKIT BMW Motorrad WorldSBK Team, DNF (Tak habiskan perlumbaan)
21. Alvaro Bautista (SPA) Aruba.It Racing Ducati, DNF
22. Alex Lowes (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, DNF
23. Tito Rabat (SPA) Puccetti Kawasaki, DNF
24. Isaac Vinales (SPA) TPR by Vinales Racing, DNF
25. Oliver Konig (CZE) Orelac Racing Kawasaki, DNF