YADEA Malaysia Lancar Skuter Elektrik Yadea GT20 (2025), Asas RM 4,998!

Yadea Malaysia melancarkan penawaran terbaharunya dalam segmen skuter elektrik menerusi Yadea GT20 (2025) yang tampil dengan rekaan minimalis dan sesuai untuk pengguna urban

TERKINI

6/17/20251 min read

PASARAN skuter elektrik Malaysia terus meriah apabila Yadea Malaysia, hari ini mengumumkan penawaran terbaharunya bagi pasaran tempatan, Yadea GT20 (2025) bersama harga jualan asas RM 4,998.

Tampil dengan rekaan minimalis dan berorientasikan penggunaan bandar atau urban, tiga pilihan warna ditawarkan untuk Yadea GT20 (2025) iaitu:

  • Metal Grey

  • Dark/Orange

  • Green/Gold

Seperti biasa, harga yang diumumkan pengeluar RM 4,998 tidak termasuk insurans dan cukai jalan dan dijual di semua cawangan pengedar sah MForce Bike Holdings di seluruh negara.

Mengulas trenkuasa, Yadea GT20 (2025) dikuasakan dengan motor jenis wheel hub bersama kuasa nominal 2,000W dan kuasa puncak sehingga 3,200W yang memberikan tork maksimum 160 Nm.

Kuasa itu dijana daripada bateri graphene berkapasiti 72V38Ah dan mampu mengharungi jarak

perjalanan anggaran sejauh 105 kilometer dengan pengisian cas penuh.

Proses pengecasan pula mengambil tempoh sekitar 6 hingga 8 jam menggunakan pengecas 72V6A, manakala kitaran hayat bateri mampu mencecah sehingga 500 kali cas. Apa yang menarik, ia turut dibekalkan dengan sistem penjanaan semula tenaga sekali gus membantu mengekalkan tahap kuasa ketika membrek atau menuruni cerun.

Menurut MForce, skuter ini memiliki kemampuan untuk menaiki laluan cerun dengan kecondongan sehingga 15 darjah.

Info dan ciri-ciri menarik:

  • Side stand cut-off

  • Port pengecasan USB Type-A

  • Sistem lampu LED

  • Set roda 90/80-12 (depan, belakang)

  • Sistem brek cakera depan, belakang bersama teknologi brek Combi (CBS)

  • Tinggi pelana 768 mm

  • Ruang simpanan bawah penana 28 liter

  • Lampu LED (depan, belakang) dengan tahap cahaya 4,000CD untuk ‘low beam’ dan 22,000CD untuk ‘high beam’.

  • Panel meter digital LCD

  • Ada dua mod tunggangan

  • Ada sistem amaran kerosakan pintar

  • Pelana ergonomik, penyandar belakang pembonceng

  • Ruang simpanan depan,

Kepada yang tidak tahu, Yadea adalah antara pengeluar motosikal elektrik terkemuka diperingkat global.

Setiap pembelian YADEA GT20 (2025) boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat.