YAMAHA 135LC Fi (2025) Kini Dengan Warna Baharu, 2 Varian, Harga Mula RM 8.3k!
TERKINI
2/5/20251 min read


YAMAHA 135LC Fi, model 'kapcai' yang dihasilkan khas untuk pasaran Malaysia memperoleh perubahan 'kosmetik', hari ini menerusi perubahan pilihan warna baharu bagi versi 2025.
Seperti debut pertamanya sebelum ini, dua varian diperkenalkan oleh Yamaha Motor Malaysia iaitu Standard dan SE (Special Edition).
Apa yang menarik, tiada peningkatan harga diumumkan oleh pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) berbanding versi sebelum ini.
Harga untuk Yamaha 135LC FI (2025) Standard kekal pada angka RM 8,298 dan untuk SE, harga yang disyorkan juga kekal adalah RM 8,798 (tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran).
Untuk Yamaha 135LC Fi (2025) Standard, tiga pilihan warna menarik ditawarkan iaitu:
Aqua Blue
Sandstorm
Moss Green
Bagi varian Yamaha 135LC Fi (2025) SE, pilihan warna tunggal ditawarkan iaitu Red Titan.
Sebagai model SE, kelengkapan tambahan selain skema warna yang istimewa adalah 'Visor Sport' dan 'Yamaha Premium Basket' dengan ruang bertutup lengkap dengan port pengecas USB Type-C.
Seperti dinyatakan lebih awal, tiada yang berubah di bahagian trenkuasa dengan Yamaha 135LC Fi, SE (2025) kekal dijana enjin patuh piawaian Euro4 bersesaran 135 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan yang digandingkan dengan transmisi 4 kelajuan klac auto.
Kuasa yang dihasilkan adalah 12.5 Hp pada 8,000 rpm dan tork 12.2 Nm pada 6,000 rpm.
Kepada yang berminat, Yamaha 135LC Fi (2025) sudah mula tiba di cawangan pengedar sah HLYM bermula hari ini.
Seperti biasa, setiap pembelian akan memperoleh kunci cakera eksklusif Yamaha bernilai RM 100.
















