YAMAHA Exciter 115 (Y16ZR) Di Thailand Dapat ABS, Harga RM 10.3k!

TERKINI

3/27/20241 min read

SEPERTI di Malaysia, Yamaha Motor Thailand akhirnya memperkenalkan Yamaha Exciter 155 (Yamaha Y16ZR 2024) yang kini dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Selain penambahan ABS, turut diperkenalkan adalah tiga pilihan skema warna dan corak grafik baharu yang boleh dikatakan cukup 'meriah' dan mengujakan.

Tiga pilihan warna yang diperkenalkan bagi Yamaha Exciter 155 (2024) adalah Grey-Blue, Blue dan Black.

Dan harga jualan yang diumukan adalah 79,500 baht (RM 10,315).

Sebagai info, Yamaha Y16ZR (2024) di pasaran Malaysia menerima ciri berkenaan (ABS) pada Januari lalu.

Tidak lagi seperti penampilan pertamanya beberapa tahun lalu, Yamaha Exciter 155 di Thailand kini hanya dijual dalam satu varian iaitu tertinggi seperti di Malaysia.

Justeru, ia turut dipadankan dengan sistem Kunci Pintar yang lengkap dengan sistem 'Answer back' dan ABS.

Tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun trenkuasa dijalankan dengan Exciter 155 (2024) dipadankan dengan enjin bersesaran 155 cc (Variable Valve Actuation), 4 Lejang, 1 Silinder, SOHC, 4 Injap, Penyejuk Cecair.

Sistem transmisi adalah 6 kelajuan dan turut dilengkapi dengan klac (slip & assist).

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti kapasiti tangki bahan api 5.4 liter, panel meter digital LCD dan port pengecas 12v.

Cukup menarik juga, Yamaha Exciter 155 (2024) turut ditawarkan untuk tempoh jaminan selama 5 tahun atau jarak perjalanan 50,000 km di Thailand.