YAMAHA Exciter 155 (2026) Lancar Di Vietnam, Rekaan Baharu, Ada TCS!

Mengekalkan DNA 'underbone' yang 'Sporty', Yamaha Exciter 155 (2026) tampil dengan perubahan dari sudut rekaan terutama lambu depan baharu, panel badan lebih kompak dan ciri aerodinamik

TERKINI

7/11/20261 min read

YAMAHA sekali lagi menjadi destinasi pelancaran global untuk versi naik taraf 'kapcai super' popular Yamaha, Yamaha Exciter 155 (2026) yang kini tampil dengan 'wajah' baharu, dilengkapi sistem kawalan cengkaman (TCS) serta hamburan kuasa lebih padu.

Mengekalkan DNA 'underbone' yang 'Sporty', Yamaha Exciter 155 (2026) tampil dengan rekaan badan lebih kompak dan aerodinamik yang katanya mengurangkan rintangan angin.

Apa yang menarik, panel depannya direka semula dengan profil lampu utama yang lebih kecil bersama pelitup baharu, manakala panel sisi kini lebih tinggi dan kluster lampu belakang dinipiskan untuk gaya yang lebih agresif.

Dari segi mekanikal, ia kekal dengan padanan enjin VVA 155 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klac 'Assist & Slipper'.

Begitupun, kuasanya kini lebih tinggi berbanding generasi terdahulu iaitu 18.5 Hp berbanding 17.7 Hp dengan tork kekal 14.4 Nm.

Selain rekaan, antara peningkatan bagi model 2026 ini adalah pengenalan teknologi TCS.

Daripada 4 varian, hanya 2 varian (SP dan Terhad) menerisi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Selain itu, ia turut digandingkan dengan panel meter digital turut menyokong ketersambungan telefon pintar menerusi aplikasi Yamaha bagi kemudahan menjejak perjalanan, lokasi parkir dan notifikasi penyelenggaraan.