YAMAHA EZ115 (2025) Dapat Warna Baharu, Harga Kekal RM 5,698!

Yamaha Motor Malaysia melancarkan Yamaha EZ115 pada awal tahun 2023 dan sebagai pengganti kepada model kapcai 'lejen' untuk jenama Jepun itu, Yamaha Lagenda

TERKINI

12/10/20251 min read

YAMAHA Motor Malaysia selepas sekian lama akhirnya mengemaskini penawaran untuk kapcai Yamaha EZ115 (2025) yang membabitkan kosmetik iaitu perubahan warna dan corak grafik baharu.

Tiga pilihan warna baharu yang dipadankan dengan corak grafik yang katanya lebih menarik itu adalah:

  • Biru

  • Hijau

  • Kelabu

Kepada yang tidak tahu, Yamaha Yamaha EZ115 dilancarkan pada tahun 2023 dan sebagai pengganti kepada model kapcai 'lejen' jenama itu, Yamaha Lagenda.

Apa yang menarik, harga jualan yang diumumkan tidak berubah seperti tahun lalu iatu RM 5,698 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

Ulas ringkas trenkuasa, Yamaha EZ115 dikuasakan oleh enjin 114 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Fi, SOHC dengan transmisi 4 kelajuan dengan kuasa 8.7 Ps pada 7,000 rpm dan tork 9.5 Nm pada 5,500 rpm.

Ciri-ciri menarik adalah ia mempunyai ruang simpanan luas di bawah pelana dan boleh dibuka dengan mudah menggunakan kunci utama.

Kepada yang berminat, Yamaha Yamaha EZ115 akan tiba di semua cawangan pengedar sah Hong Leong Yamaha Motor seluruh negara bermula pada 15 Disember 2025.

Seperti biasa, setiap pembelian akan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM 100.