YAMAHA EZ115 Dapat Kemaskini Bagi Model 2024, Tapi...

TERKINI

1/8/20241 min read

YAMAHA Motor Malaysia melancarkan kapcai yang menggantikan model ikoniknya, Lagenda iaitu Yamaha EZ115 pada Januari tahun lalu dan tepat setahun berlalu, ia diberikan kemas kini kosmetik, hari ini.

Diumumkan dalam laman FB rasmi Yamaha Motor Malaysia, perubahan yang dibuat adalah setiap pembelian kini didatangkan dengan 'Visor sport' berwarna hitam.

Menurut pengeluar itu, penambahan aksesori itu akan membuatkan Yamaha EZ115 (2024) kelihatan lebih bergaya dan Sporty.

Selain itu, tiada perubahan membabitkan harga turut berlaku dengan motosikal itu dijual pada harga RM 5,598 (asas).

Tiada perubahan membabitkan pilihan warna dibuat dengan Yamaha EZ115 (2024) kekal dengan tiga pilihan warna iaitu Cyan, Merah dan Biru.

Mengulas ringkas trenkuasa, Yamaha EZ115 (2024) dipadankan dengan enjin bersesaran 114 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 2 Injap, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 4 kelajuan.

Kuasa yang dihamburkan adalah 8.7 PS pada 7,000 rpm dengan tork 9.5 Nm pada 5,500 rpm.

Informasi lain adalah seperti penghidup jenis elektrik dan tendang, kapasiti tangki bahan api 3.9 liter ketiunggian pelana 775 mm, dan set roda bersaiz 70/90-R17 dan 80/90-R17.

Seperti biasa, setiap pembelian ditawarkan dengan jaminan pengeluar iaitu selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan.