YAMAHA Ganti Lin Jarvis Dengan Paolo Pavesio, Trackhouse Aprilia Singkir Wilco Zeelenberg
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/3/20241 min read


YAMAHA Motor Racing mengumumkan Paolo Pavesio sebagai pengganti kepada watak ikoniknya di garaj MotoGP, Lin Jarvis yang mengambil keputusan melepaskan jawatannya sejurus kempen musim ini berakhir.
Tidak memiliki pengalaman di MotoGP, Pavesio begitupun bukan asing dalam arena sukan permotoran dan pernah menjawat jawapan Pengarah Pemasaran dan Sukan Permotoran Yamaha Motor Eropah.
Antara tugas yang pernah dilaksanaka adalah menstruktur semua devisi sukan permotoran Yamaha yang kemudiannya berjaya memenangi gelaran dunia di Kejuaraan Superbike Dunia, EWC dan MXGP.
Pavesio akan mengambil alih jawatan Jarvis yang sudah 26 tahun di garaj MotoGP Yamaha sebagai Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing bermula pada 1 Januari 2025.
Kepada peminat Yamaha, Jarvis sememangnya individu penting terhadap pasukan itu dan antara sumbangannya adalah mengemudi Yamaha menjulang lapan gelaran dunia kategori pelumba, enam gelaran dunia (pengeluar) dan tujuh gelaran dunia berpasukan.
Antara legenda yang pernah di bawah kendaliannya termasuklah Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo selain Fabio Quartararo.
Begitupun, Jarvis tidak meninggalkan Yamaha sepenuhnya dan akan kekal sebagai Penasihat Senior kepada jenama Jepun itu.
Sementara itu di kem Aprilia, pasukan satelit pengeluar Itali itu Trackhouse Aprilia mengumumkan Wilco Zeelenberg akan menamatkan tugasnya sebagai Pengurus pasukan sejurus kempen MotoGP 2024 berakhir.
Perkembangan itu diumumkan oleh Prinsipal pasukan Trackhouse Aprilia, Davide di Aragon.
Bekas pelumba Zeelenberg memulakan tugasnya sebagai Pengurus Pasukan Petronas SRT pada 2019 yang menggunakan jentera Yamaha sehingga ia dijenamakan semula sebagai RNF dan kemudian Trackhouse bersama Aprilia.
Brivio berkata perbincangan terhadap pengunduran Zeelenberg sebagai amat sukar untuk dicapai dan ia adalah keputusan pemilik pasukan dari Amerika Syarikat itu yang mahu mencari arah baharu.
