YAMAHA Kekal Dominan, MForce Bike Makin Gah

Jenama Jepun, Yamaha mengekalkan statusnya sebagai peneraju pasaran motosikal Malaysia dengan lebih 50 peratus penguasaan jualan setakat Januari hingga Mei 2025

TERKINI

7/2/20251 min read

yamaha honda mforce
yamaha honda mforce

YAMAHA terus kekal sebagai jenama peneraju pasaran motosikal Malaysia dengan lebih 50 peratus penguasaan jualan setakat Januari hingga Mei 2025.

Berdasarkan data yang dikongsikan beberapa rakan media, pengeluar motosikal gergasi Jepun itu merekodkan pegangan pasaran melebihi 53 peratus.

Tidak dinyatakan mengenai sumber angka itu diperoleh, tetapi angka yang dikongsikan itu menyaksikan Yamaha menjual sekitar 30 ribu unit sebulan dari Januari hingga Mei.

Satu lagi jenama Jepun, Honda mengisi tangga kedua dengan sekitar 23 peratus pegangan pasaran.

Ia kemudian diikuti MForce Bike yang memiliki lebih daripada 10 buah jenama di bawah edarannya dengan hampir 15 peratus penguasaan pasaran.

Apa yang menarik, perkongsian itu menyaksikan hanya kurang daripada 10 peratus pegangan pasaran dikuasai pengeluar lain termasuk Suzuki, Modenas, Kawasaki dan lain-lain.

Begitupun, tidak diketahui sama ada data yang diperoleh termasuk motosikal berkuasa tinggi atau jenama yang berada dalam segmen premium.

Sebagai info, rekod jualan tertinggi dalam sejarah dicatatkan pada tahun 2022 dengan lebih 715,000 unit motosikal dijual tetapi angka itu kemudian berterusan menurun dan pada tahun lalu, sejumlah 565,713 unit motosikal dijual.