YAMAHA Masih Dalam Proses Cari Pelarasan Yang Ideal - Alex Rins
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/9/20251 min read


YAMAHA masih berusaha mencari pelarasan yang ideal bagi memastikan jenteranya Yamaha M1 mampu memberi saingan di MotoGP, kata pelumbanya, Alex Rins.
Selepas tiga pusingan, Rins ketika ini menghuni tangga ke-16 keseluruhan carta kedudukan pelumba selepas sekadar mengumpul 10 mata.
"Kami masih dalam proses untuk mencari pelarasan yang ideal," kata Rins. "Kami sedang berusaha ke arah itu, bermula dengan apa yang berlaku di Austin.
"Qatar akan menjadi litar yang mempunyai kadar kehausan tayar yang tinggi, jadi kami perlu memberikan tumpuan kepada perkara itu, tetapi saya bersedia dan bermotivasi untuk terus bekerja keras."
Rakan sepasukan Rins, Fabio Quartararo dalam pada itu menjangkakan perlumbaan yang 'panas' di Qatar.
"Lusail kebiasaannya litar pertama (musim) tetapi pada tahun ini kedudukan itu berubah. Kerana itu, rasanya seperti sudah lama kami tidak berada di sini, juga kerana kami tidak mengharungi ujian pra-musim di sini," kata Quartararo.
"Kami tahu yang kami boleh menjangkakan perlumbaan dengan suhu yang tinggi jika berpandukan kepada perlumbaan tahun lalu, juga kerana ia berlaku pada Aprili.
"Saya menjangkakan ia akan menjadi perlumbaan yang panas dan panjang, tetapi saya tidak sabar untuk mengharunginya.
"Kami tidak mendapat keputusan yang kami harapkan di Austin, tetapi kami melihat beberapa perkara yang positif, terutama ketika Perlumbaan Sprint.
"Jadi saya tidak sabar untuk mencubanya sekali lagi pada minggu ini, sekali pun sedar yang persaingan pasti sukar."
