YAMAHA Motor Malaysia Cipta Rekod MBOR, 'Himpunan Penunggang Motosikal Wanita Teramai Dalam Satu Acara!'

TERKINI

3/9/20241 min read

YAMAHA Motor Malaysia sempena Hari Wanita Sedunia 2024, hari ini menganjurkan acara Fiesta Ride Smart & Selamat yang turut mencipta rekod di 'Malaysia Book of Records' (MBOR).

Berlangsung dengan meriah di Stadium Cheras, rekod yang dicipta pada acara berkenaan adalah 'Himpunan Penunggang Motosikal Wanita Teramai Dalam Satu Acara.'

Menurut MBOR, seramai 1,010 penunggang motosikal wanita mengambil bahagian untuk rekod berkenaan yang turut terdiri daripada ahli kelab Dewi Yamaha Malaysia.

Sebagai cara untuk meraikan penunggang wanita Yamaha sempena Hari Wanita Sedunia 2024, pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan antaranya Mencari Harta Karun, Anugerah Ikon Dewi Yamaha, Cabaran Tunggang Selamat Dewi Yamaha, 'OOTD Dewi Yamaha Bergaya Contest', Ujian Kesihatan Percuma, Ujian Motosikal Percuma dan banyak lagi.

Turut sama menjayakan program berkenaan adalah AEON Credit Service, GIVI Asia, KHI Helmet, RCB, RK South Asia dan NGK.

Selain itu, acara berkenaan turut dianjurkan oleh Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) untuk mempromosikan keselamatan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Hadir merasmikan acara berkenaan adalah Pengarah Kumpulan Hong Leong Industries, Dato Dr. Jim Khor Mun Wei dan turut hadir Pengerusi MMSDA, Datuk Wee Hong.