YAMAHA Motor Malaysia Tayang Y16ZR MotoGP Winter Test 2024 FQ20, AR42, Katanya Bakal Dikeluarkan!

TERKINI

2/4/20241 min read

YAMAHA Motor Malaysia, hari ini menayangkan Yamaha Y16ZR edisi MotoGP Winter Test 2024 yang dirasmikan dua pelumba pasukan MotoGP pengeluar Jepun itu, Fabio Quartararo dan Alex Rins.

Tampil dengan 'Liveri' yang menarik dan lengkap dengan nombor kedua-dua pelumba iaitu 20 dan 42, kedua-dua versi itu tampil dengan pelekat 'MotoGP Winter Test 2024' di bahagian atas lampu utama.

Selain itu, ia turut 'dipadatkan' dengan pelekat penaja-penaja pasukan itu antaranya Monster Energy bersama logo 'cakar', Beta Tools, Eneos dan Yamalube mirip jentera lumba pasukan itu di MotoGP.

Apa yang menariknya, berdasarkan informasi yang diperoleh, Hong Leong Yamaha Motor dijadual akan memperkenalkan kedua-dua versi yang dijangka terhad itu ke pasaran.

Seperti diketahui, Yamaha Motor Malaysia, hari ini menjalankan aktiviti 'Meet & Greet' dengan kedua-dua pelumba MotoGP itu di ibu pejabatnya di Sg Buloh.

Dan seperti dijangka, ia dihadiri ratusan peminat dan pengguna motosikal Yamaha yang kemudian tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan kedua-dua pelumba itu selain bergambar.

Turut berlangsung adalah konvoi Yamaha Motor Malaysia ke Royal Selangor yang disertai Quartararo dan Rins.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Pengarah Urusan Kumpulan HLI, Prof. Dato Dr Jim Khor Mun Wei, Prinsipal Monster Yamaha MotoGP, Lin Jarvis,

Sebagai info, pasukan Monster Yamaha MotoGP tiba ke Malaysia untuk menjalani sesi ujian 'Shakedown' MotoGP yang berakhir, semalam.

Pasukan itu akan sekali lagi menjalani ujian rasmi pra-musim yang dijadual bermula pada 6 hingga 8 Februari ini juga di Litar Antarabangsa Sepang Petronas (Petronas SIC).