YAMAHA MT-25 (2025) Muncul Di Seberang, Perubahan Tak Ketara, RM 17.4k!

TERKINI

1/23/20251 min read

SELAIN Yamaha R25 (2025), Yamaha Motor Indonesia turut memperkenalkan versi terbaharu motosikal 'Naked' suku liternya, Yamaha MT-25 (2025) mendapat kemas kini termasuk dari sudut penampilan.

Begitupun tidak seperti Yamaha R25 yang boleh dikatakan memperoleh perubahan rekaan secara 'total' dari sudut rekaan, apa yang berlaku kepada Yamaha MT-25 boleh dikatakan tidak begitu besar terutama dari bahagian depan.

Perubahan paling signifikan dapat dilihat daripada rekaan belakang termasuk penggunaan lampu belakang baharu yang tampil lebih 'sporty'.

Turut berubah adalah di bahagian panel meter digital LCD (masih belum TFT) dan kini memiliki ciri sambungan ke telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect.

Seperti Yamaha R25, Yamaha MT-25 (2025) di Indonesia juga kini disematkan dengan port pengecas USB Type A, sistem 'Slipper Clutch' dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Di bahagian trenkuasa, Yamaha MT-25 (2025) dipadankan dengan enjin bersesaran 250 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah 35.5 Hp pada 12,000 rpm dan tork 23.6 Nm pada 10,000 rpm.

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Jarak lega bumi 160 mm

  • Tinggi pelana 780 mm

  • Suspensi fork USD (depan), Penyerap hentak tunggal (belakang)

  • Set roda 110/70-17 (depan) 140/70-17 (belakang)

  • Brek cakera tunggal (depan/belakang) lengkap ABS dua saluran

  • Tangki bahan api 14 liter

  • Berat 165 kg

Dua pilihan warna ditawarkan untuk Yamaha MT-25 (2025) iaitu Matte Black dan Metallic Light Grey.

Dan harga yang diumumkan adalah Rp 63.5 juta (RM 17.4k).

Tiada sebarang maklumat sama ada Yamaha MT-25 (2025) ini akan menerjah pasaran tempatan tetapi melihat kepada popularitinya, penantiannya mungkin tidak lama.