YAMAHA NVX (2023) Gen 3 Tiba Di Malaysia, 2 Varian, Harga Mula RM 11,998!

Pelancaran Yamaha NVX (2025) di Malaysia tidak menunggu masa yang lama selepas debut globalnya dengan pihak Yamaha Motor Malaysia turut membawa masuk varian tertinggi yang turut dikenali sebagai 'turbo' di negara jiran

PELANCARAN

9/13/20251 min read

YAMAHA Motor Malaysia terus menghangatkan 'perang' dalam segmen skuter di Malaysia apabila melancarkan generasi ketiga skuter bergaya 'Sporty' popularnya, Yamaha NVX (2025) yang tampil dengan 2 varian bersama harga menarik bermula RM 11,998.

Apa yang menarik, kehadiran Yamaha NVX (2025) tidak menunggu masa yang lama selepas debut globalnya dengan pihak Yamaha Motor Malaysia turut membawa masuk varian tertinggi yang turut dikenali sebagai 'turbo' di negara jiran.

Sebelum pergi lebih jauh, perincian mengenai varian, harga dan pilihan warna adalah seperti berikut:

Yamaha NVX ABS (2025)

  • Pilihan warna:

  • Harga: RM 11,998

Yamaha NVX SP (2025)

  • Pilihan warna:

  • Harga: RM 14,498

Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Mengulas rekaan, sebagai model gen baharu, Yamaha NVX (2025) tampil dengan pelbagai pembaharuan yang diinspirasikan motosikal supersport jenama itu termasuk rekaan panel badan, lampu depan dan belakang.

Selain rekaan yang menarik, ia turut dipadankan dengan teknologi moden terutama untuk varian tertinggi SP yang katanya membawa keseronokan kepada setiap tunggangan. .

Di bahagian trenkuasa, Yamaha NVX (2025) kekal dengan enjin Blue Core 155 cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA), 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dihamburkan adalah 15.4 PS pada 8,000 rpm dan tork 14.2 Nm pada 6,500 rpm.

Sebagai varian tertinggi, Yamaha NVX SP (2025) hadir dengan ciri tambahan seperti:

  • Sistem transmisi dengan teknologi Yamaha Electric CVT (YECVT)

  • Dua mod tunggangan – Town Mode (T), Sport Mode (S)

  • Sistem Turbo Y-Shift (3 tahap pecutan dan nyahpecutan)

  • *Ciri ini boleh dikawal melalui suis di bahagian kiri bar hendal

  • Panel meter TFT berwarna dengan Y-Connect

  • ABS 2 saluran

  • Kawalan Traksi (TCS)

Ciri-ciri menarik yang dikongsi kedua-dua varian adalah seperti Emergency Stop Signal (ESS), sistem kunci 'keyless', sistem berhenti-mula automatik, dan port pengecasan USB-C.

Menurut Yamaha Motor Malaysia, Yamaha NVX (2025) sudah berada di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara.