YAMAHA NVX (2025) Generasi Terbaharu Jalani Ujian Di Malaysia, Pelancaran Dah Dekat?
TULAR
2/3/20251 min read


SKUTER bergaya 'sport' popular Yamaha, Yamaha Aerox atau turut dikenali sebagai Yamaha NVX di pasaran Malaysia membuat debut untuk generasi terbaharunya di negara jiran pada penghujung tahun lalu.
Seperti kebiasaan, pasaran 'gergasi' Indonesia menjadi destinasi debut berkenaan dan sebagai model generasi terbaharu, ia turut mendapat beberapa penambahan termasuk nama dan dikenali sebagai Yamaha Aerox Alpha.
Sebagai model generasi baharu, pelbagai perubahan dilakukan oleh Yamaha dan menariknya bukan saja dari sudut rekaan yang dikatakan lebih 'mengancam', tetapi turut membabitkan spesifikasi trenkuasa dan mekanikal.
Turut popular di pasaran Malaysia, ada perkembangan menarik membabitkan skuter berkenaan diperoleh baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman media sosial TikTok Mab Autoparts, dapat dilihat dengan jelas yang skuter yang cukup mirip dengan model berkenaan dan lengkap dengan pelekat penyamaran sedang menjalani ujian.
Daripada rekaan bahagian sisi, depan dan lampu depan, ia sememangnya cukup sama dengan model Yamaha Aerox Alpha (2025) yang dilancarkan di negara jiran.
Mengulas Yamaha Aerox Alpha (2025) di seberang, empat varian ditawarkan Yamaha Motor Indonesia yang membabitkan varian Standard, CyberCity, Turbo dan Turbo Ultimate.
Berdasarkan peraturan terbaharu, varian Standard tidak akan dijual di pasaran tempatan kerana ia tidak memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Justeru, ada kemungkinan yang pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan membawa masuk satu varian tertinggi saja dan menariknya varian tertinggi jika melihat kepada populariti skuter berkenaan.
Selain rekaan yang mengalami perubahan, antara peningkatan yang dinanti-nantikan pastinya varian yang dipadankan dengan sistem ala 'turbo' iaitu Yamaha Electric Continuously Variable Transmission (YECVT).
Turut menarik adalah ia turut mempunyai mod tunggangan dengan sistem YECVT turut mempunyai tetapan tersendiri kepada pengguna.
Dan peningkatan ciri lain yang amat dialu-alukan pula pastinya adalah adalah ia kini dilengkapi dengan sistem brek cakera belakang dan panel meter serba baharu yang lengkap dengan ciri Y-Connect.
Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai skuter ini untuk pasaran Malaysia dengan pihak HLYM masih belum memberikan sebarang maklum balas. Tetapi berdasarkan popularitinya, ia dijangka tidak lama. Sama-sama kita nantikan.






