YAMAHA Perlu 15 Musim Sejuk Nak Kejar Balik... - Fabio Quartararo

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/25/20231 min read

BINTANG Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo seperti tak kisah mengkritik majikannya apabila mendakwa pengeluar Jepun itu memerlukan '15 Musim Sejuk' untuk mengejar pasukan di puncak yang ketika ini dihuni Ducati.

Selepas meraih dua podium daripada tiga pusingan sebelum Australia, Quartararo hanya mampu menamatkan perlumbaan di Phillip Island di tangga ke-14.

Lebih teruk, pelumba kelahiran Perancis itu turut melabelkan tiada apa yang positif pada perlumbaan berkenaan.

Dan selepas melepasi garisan penamat kira-kira 20 saat di belakang pemenang, Johann Zarco dari Pramac Ducati, Quartararo ditanya sama ada satu musim sejuk cukup untuk Yamaha merapatkan jurang pada 2024, dan jawapannya adalah;

"Kami memerlukan 15 musim sejuk untuk benar-benar menjadi seperti mereka," kata Quartarao memetik laporan Crash.net.

"Tetapi seperti yang saya katakan, untuk menjadi seperti mereka bukanlah sasaran saya. Sasaran saya adalah untuk merapatkan jurang. Kerana setiap tahun, kami mungkin setapak dalam satu perkara tetapi kami ketinggalan dua langkap pada perkara lain.

"Casis yang kami ada sebelum ini adalah sewprti magis, kamu boleh lakukan apa saja yang kamu mahukan kepada jentera. Jentera itu perlahan tetapi ia boleh mengambil selekoh dengan cukup baik. Kini, jentera masih perlahan dan ia tak mengambil selekoh dengan baik.

"Sudah tentu enjin lebih pantas (tahun ini) tetapi pasukan lain juga memperbaiki kemampuan enjin mereka, jadi perbezaannya adalah sama.

"Tetapi, mereka banyak meningkat daru sudut casis, saya tak tahu dari sudut casis atau aerodinamik.

"Setaip tahun, jurangnya menjadi besar dan semakin besar, tak kira jika jika kami memperbaiki sesuatu dalam beberapa perkara. Tetapi mami harus mengurangkan jurang dengan pasukan lain pada 2024. Ini adalah sasaran utama."

Selepas menjuarai gelaran dunia pada musim 2021 dan mencabar kejuaraan dunia musim lepas sehingga pusingan terakhir, kali terakhir Quartararo merasai nikmat kemenangan adalah pada Julai 2022.

Pelumba kelahiran Perancis itu ketika ini menghuni tangga ke-10 kedudukan carta pelumba MotoGP namun ironinya, pelumba terbaik untuk pengeluar dari Jepun menuju perlumbaan Grand Prix Thailand, hujung minggu ini.