SELEPAS sekian lama berteka-teki, Yamaha akhirnya mengesahkan sedang sibuk membangunkan enjin berkonfigurasi V4 bagi kegunaan pasukan itu di pentas MotoGP.
Seperti diketahui, Yamaha ketika ini menjadi satu-satunya pengeluar yang masih menggunakan enjin 4 Silinder Sebaris di perlumbaan dua roda berprestij itu.
Apa yang lebih menarik, enjin berkenaan berkemungkinan akan bersedia untuk menjalani ujian di litar seawal pertengahan tahun depan.
Bukan lagi sekadar khabar angin atau petunjuk berdasarkan kata-kata pelumba atau krew, perkara berkenaan disahkan sendiri Pengarah Urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis dalam temuramah bersama MotoGP.com.
Jarvis begitupun tidak meletakkan tarikh tepat bila enjin V4 itu akan membuat debutnya tetapi memberi petunjuk ia akan bersedia apabila ia lebih laju berbanding 4 silinder sebaris.
Tetapi, menariknya, enjin itu sudah pun menjalani ujian di makmal dan boleh berada di trek seawal pertangahan tahun depan.
"Saya boleh mengesahkan yang kami sedang sibuk membanggunkan trenkuasa," kata Jarvis. "Ia adalah sesuatu yang sudah lama kami buat, kerana ketika Suzuki masih berada di sini, ada dua pengeluar menggunakan enjin 4 silinder sebaris.
"Dan jelas pengeluar lain menggunakan enjin V4. Begitupun pada beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat begitu banyak pembangunan teknikal dalam sudah ini dan sudah tentu penarikan diri Suzuki.
"Jadi kami meniadi satu-satukan yang mengginakan enjin 4 silinder sebaris . 4 silinder sebaris pada pendapat saya masih mempunyai banyak kapasiti untuk dibangunkan dan ditambah baik.
"Tetapi apabila semua pencabar kamu menggunakan V4 dan sebagai persediaan menghadapi peraturan 2027, adalah penting untuk kami memahami sepenuhnya potensi V4 melawan 4 silinder sebaris."
Sekalipun kali terakhir Yamaha menjuarai gelaran dunia pada 2021 bersama Fabio Quartararo, pelumba kelahiran Perancis itu tidak lagi meraih kemenangan yang kali terakhir diperoleh pada pertengahan 2022.
Ketika ini, ketiga-tiga pelumba Yamaha di MotoGP musim depan iaitu Alez Rins, Miguel Oliveira dan Jack Miller mempunyai pengalaman menunggang menggunakan jentera V4.