YAMAHA Sedang Bikin 'Abang' PG-1, Yamaha PG-155!
Yamaha PG-1 di pasaran tempatan dilancarkan di Johor sempena Karnival Gen BLU Yamaha pada Ogos 2024 dan harga yang jualan diumumkan adalah asas RM 6,998
TERKINI
8/5/20251 min read


SYARIKAT pengeluar motosikal gergasi Jepun, Yamaha membuat debut global kapcai bergaya lasak atau 'Adventure' jenama itu, Yamaha PG-1 di Thailand pada penghujung 2023 dan ia diikuti Vietnam sebelum Malaysia menerimanya pada hujung tahun lalu.
Dan susulan kejayaannya di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina, timbul perkembangan menarik yang menyatakan Yamaha sedang membangunkan versi lebih canggih dan berkuasa bagi model berkenaan.
Dilaporkan media di negara kelahiran Yamaha, Jepun, model berkenaan berkemungkinan dikenali sebagai Yamaha PG-155.
Sebagai versi naik taraf, ia dikatakan berupaya untuk mengharungi tunggangan jarak lebih jauh, lebih berkuasa berbanding model sedia ada.
Menurut laporan, seperti namanya, naik taraf yang berlaku adalah membabitkan trenkuasa.
Berbanding enjin sesaran 113.7 cc, Penyejuk Udara, Yamaha PG-115 akan dijana enjin 155 cc, Penyejuk Cecair yang biasa dilihat dan digunakan banyak model Yamaha lain termasuk di Malaysia dan memiliki teknologi Variable Valve Actuation (VVA).
Kuasa pula dijangka sekitar 19 Hp dan patuh piawaian emisi Jepun dan Eropah. Tetapi tidak pasti ia akan menggunakan sistem klac manual seperti MT-15, Y16 atau semi auto seperti PG-1.
Selain itu, tiada perubahan dari sudut rekaan dan ia dikatakan masih mengekalkan gaya retro adventure PG-1 dengan rangka tengah yang kukuh.
Sistem suspensi dan penggunaan tayar dual-purpose yang sesuai untuk jalan raya dan off-road ringan juga kekal.
Setakat ini, Yamaha belum mengeluarkan kenyataan secara rasmi kehadiran PG-155 tetapi laporan daripada Jepun kebiasaanya jarang salah.
Menariknya, Yamaha PG-1 setakat ini masih belum dilancarkan di Jepun yang membuatkan media di negara Matahari Terbit itu meluahkan rasa iri hati.
Sebagai info, Yamaha PG-1 di pasaran tempatan dilancarkan di Johor sempena Karnival Gen BLU Yamaha pada Ogos 2024 dan harga yang jualan diumumkan adalah RM 6,998 (asas).
