YAMAHA Star Advance Pertama Di Pantai Timur Dirasmikan
BERITA
8/6/20241 min read
SYARIKAT pengeluar dan pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), baru-baru ini merasmikan pembukaan pusat berstatus '3S' Yamaha Star Advance yang pertama di Pantai Timur.
Bertempat di Kota Bharu, Kelantan, Yamaha Star Advance yang turut merangkumi Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti dikendalikan oleh operator terkemuka Kian Giap Motors Sdn Bhd.
Apa yang menarik menurut HLYM, pusat jualan di Yamaha Star Advance Kian Giap Motors turut direka dan dihias bertemakan masyarakat tempatan.
Dan seperti pusat 3S Yamaha Star Advance, ia turut memiliki pusat servis (YQS) yang lengkap dengan peralatan berkualiti tinggi dan moden.
Dengan keluasan 6,000 kaki persegi, Yamaha Star Advance Kian Giap Motors adalah pusat jualan terbesar Yamaha di Pantai Timur dan menariknya turut menampilkan kafe ikonik Yamaha, GENBlue Cafe.
Kepada yang tidak tahu, Kian Giap Motors sudah menjadi pengedar sah Yamaha selama 40 tahun dan sentiasa berada dalam senarai 50 pengedar terbaik Yamaha di Malaysia untuk 19 tahun berturut-turut.
Dan untuk menunjukkan komitmen HLYM, hadir merasmikan Yamaha Star Advance Kian Giap Motors adalah Pengarah Urusan Professor Hong Leong Industries Berhad, Dato’ Dr. Jim Khor.
Turut hadir adalah Pengarah Urusan HLYM, Taketoshi Takabayashi, Pengurus Besar Jenama & Pemasaran HLYM, Hoo Wan Tim, Pengurus Besar 3S HLYM, Teo Ming Wei dan Pengurus Besar Alat Ganti YGP HLYM, Goh Wei Ping.
Wan Tim dalam ucapannya meluahkan keyakinan terhadap kemampuan Kian Giap Motors Sdn Bhd serta komitmen syarikat itu untuk terus menawarkan produk dan perkhidmatan selepas jualan kepada semua pelanggan Yamaha sekaligus mengukuhkan jenama itu khususnya di Kelantan.
Alamat Yamaha Star Advance Kian Giap Motors:
Lot 568 Jln Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan