YAMAHA menggaji bekas naib juara dunia tiga kali MotoGP, Andrea Dovizioso untuk sesi ujian persendirian di Misano, minggu ini dan seperti dijangka, pelumba Itali itu turut ditawarkan tiket berlumba secara 'Wildcard'.
Yamaha ketika ini kehilangan khidmat pelumba ujiannya, Cal Crutchlow susulan kecederaan dan tempatnya untuk dua aksi 'Wildcard' sebelum ini digantikan Remy Gardner.
Begitupun, pelumba kelahiran Australia itu menolak untuk menguji jentera M1 di Misano bagi memberi tumpuan kepada persiapannya dalam kempen WorldSBK.
Pernah menunggang jentera Yamaha M1 sebelum ini bersama pasukan Petronas Yamaha SRT dan RNF Yamaha, pemenang 24 kali perlumbaan MotoGP ini memetik laporan Speedweek.com begitupun menolak apabila ditawarkan tiket 'Wildcard' untuk GP Jepun 2024 di Motegi pada Oktober.
"Saya gembira untuk membantu Yamaha menjadi kompetitif sekali lagi, tetapi tidak mahu mengambil bahagian pada minggu MotoGP lagi," kata Dovizioso.
Merangkul kemenangan di MotoGP bersama Ducati serta Honda, Dovizioso dikenali sebagai watak yang tenang menggantung sut lumbanya pada musim pertengahan 2022.
Menariknya, antara alasan yang diberikan ketika itu adalah disebabkan kenteranya yang tak cukup kompetitif.
Malah, Dovizioso ketika itu merasakan yang Yamaha tidak menghiraukan langsung maklum balas serta komen daripadanya dalam usaha membangunkan Yamaha M1.