YAMAHA Tekhne AHM Motor Umum Pelumba, 'Liveri' 2024 Di 'HQ' Yamaha

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/22/20241 min read

YAMAHA Tekhne AHM Motor menayangkan hubungan eratnya bersama Yamaha Motor Malaysia dengan menjadikan ibu pejabat syarikat itu sebagai lokasi memperkenalkan barisan pelumba dan 'Liveri' baharu bagi menghadapi kempen Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia 2024.

Seperti diketahui, AHM adalah nama yang tidak asing dalam arena sukan permotoran tempatan dan memiliki sejarah panjang - 35 tahun - dalam perlumbaan dalam dan luar negara.

Bagi musim ini, Yamaha Tekhne AHM Motor membariskan tiga pelumba dalam kelas elit CP150 dan dua pelumba berbakat dalam kelas CP125.

Pelumba yang beraksi dalam kelas CP150 adalah Md Iqbal Amri Abd Malek, Md Faiz Zekri Sabri dan Ahmad Syukran Aizat.

Dalam kelas CP125, pelumba yang memacu pasukan itu adalah Afizad Supaat dan pelumba berusia 16 tahun, Ahmad Iqram Danish.

Berbanding musim lalu, 'Liveri' pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor mengalami perubahan besar-besaran dengan penggunaan warna Biru Yamaha dan disulam dengan warna Putih dan Merah.

Selain Pengerusi Yamaha Tekhne AHM Motor, Kenny Chua dan Ketua Pegawai Eksekutif, William Chua, turut hadir pada majlis pelancaran pasukan itu adalah Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd, Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei.

Sebagai info, Tekhne adalah sayap perniagaan (komponen automotif) kepada Yamaha Motor Malaysia.